Friday, December 21, 2012

Usrahmate~

Usrah merupakan suatu bulatan kegembiraan. sungguh aku akui, aku sangat gembira mengenali rakan-rakan dalam bulatan kegembiraan ini. Cik Sakura bukanlah manusia yang sangat baik. Banyak cacat cela serta kepincangan dalam diri. Hal ini membuatkan aku berasa sangat jahil terutama dalam ilmu agama. Banyak yang dikongsikan dalam bulatan kegembiraan saya. Cik Sakura menyertai Usrah ini lewat semester 6. Pada masa tersebut, sedikit sebanyak diri ini terasa kosong walaupun aku berada disekeliling rakan. aku sendiri mencari apakah yang bermain dalam benak fikiranku. Ternyata semuanya adalah sesuatu yang aku cari. 

Mengimbau kembali perkara yang membuatkan aku tergerak hati menyertai Usrah ini ialah Fatin. Fatin merupakan Naqibah kumpulan usrah kami. Pada mulanya, hati tergerak nak turun ke surau Saujana. Namun entah macam mana, disebabkan segan dan malu untuk turun ke surau ditingkat bawah. Allah telah menghantar Fatin untuk meneruskan niat murni aku ini. tiap-tiap petang Fatin datang ketuk pintu disetiap bilik di tingkat 9 & 10 Desasiswa Saujana ini dengan memberitahu tentang program yang diadakan di surau selama seminggu. Alhamdullilah, aku dan rumet aku ketika itu Farhana Fariyati tergerak hati untuk ke surau. Banyak pengisian yang bermanfaat. Bermula dari pengisian selepas Magrib ke Isyak berlangsung pula satu tawaran yang aku tidak berfikir 2 atau 3 kali. Menyertai USRAH. Ya Allah, sesungguhnya ini adalah peluang terbaik untuk aku belajar tentang imlu agama dan perkongsian. Walaupun ketika itu agak lewat kerana sudah  dipertengahan semester berlangsung. Ilmu dan kebahagian yang aku cari. aku bersama rumet aku berada di satu kumpulan. Maha suci Allah.

Ternyata di hujung semester tersebut aku mendapati diri aku sangat gembira walaupun terdapat suatu peristiwa yang menguris jiwa dan rasa. Namun, ternyata itu merupakan ujian dari Allah untuk menguji hambanya. Aku terima dengan redha walaupun sakit. "Sesungguhnya persahabatan tak dapat dijual beli". Dari sinilah aku berkenalan dengan mereka yang dapat berkongsi perasaan kekosongan aku. Dari sinilah aku dapat banyak pengajaran. Betapa jahilnya aku dalam ilmu agama. MasyaAllah...

Aku akui sehingga sekarang aku masih belum dapat mengawal hati dan perasaan sebenarnya. Aku cuma manusia yang banyak melakukan kekhilafan. Banyak perkara yang perlu aku belajar dai hari demi hari. Semakin banyak aku belajar, semakin banyak yang aku tidak tahu. Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas. seluas lautan yang hanya setitis air lautan yang aku ketahui. Sesungguhnya Cik Sakura sangat sayangkan bulatan kegembiraan ini. Tiada kata-kata yang mampu aku ungkapkan.

kumpulan Usrah semester 6


Kumpulan Usrah semester 7
ada beberapa orang tak ada sebab tak dapat join slot ni..
sedih sangat.
Ibah, Syuhada & Dila..
p/s: Aku bukanlah manusia yang baik. Banyak perkara yang aku belum tahu. Moga Allah terus menunjukkan jalan kepada aku yang jahil ini. Jika berkesempatan dalam entry akan datang Cik Sakura akan kongsikan sedikit sebanyak perkongsian dalam usrah yang sempat dicatatkan... InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment