Meja belajar merupakan tempat kita akan menghabiskan banyak masa kita. Percaya atau tidak itu ialah realiti kehidupan sebagai pelajar. Manakala bagi mereka yang berkerja juga sama.
Meja belajar ini penting kerana, tempat letak laptop, siapkan tugasan, laporan, dan tempat study bagi mereka yang mempunyai ujian pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester. Oleh yang demikian, meja belajar merupakan satu aset yang penting sebagai pelajar.
Bagi Cik Sakura sendiri, jika meja berserak dan berterabur dengan barang-barang, buku, pen, helmet dan lain-lain amatlah merimaskan.
Ini merupakan tips study yang sangat penting. Aku sendiri tak boleh memulakan study. Seperti entry sebelum ini, aku tak da mood study di sebabkan oleh hal ini la. Harus dinyatakan disini, aku tak la kemas mane pun, tapi untuk membangkitkan mood study kekemasan itu perlu. Tapi kan, aku tak boleh nak tengok benda yang serabut termasuklah kain gebaq tak dilipat, bantal tak tersusun dan cadar tak tegang. Ok, aku akui memang serabut sangat-sangat. Berbeza dengan sikap aku yang dulu la. Dulu aku sangat serabut dan tak pandai kemas ok! Pengakuan berani mati ni. Hohoho.. Terus tak da orang nak jadikan aku calon isteri lepas ni. Hehe
Ok, sudah-sudah la merapu Cik Sakura oiii! Owh ya sebelum terlupa ni meja study aku la. Tak la kemas mana pun. Yang penting aku suka meja study aku selepas dikemas. Tak sabar nak mulakan study.. Exem owh exem!!!
No comments:
Post a Comment