Berita gembira, Cik Sakura sudah dapat IV. Alhamdulilah..
oleh kerana IV jugak la, Cik Sakura mula merindui zaman Latihan Mengajar dan menjadi guru ganti.
Allah, jujur aku rindu suasana sekolah! Aku juga rindu dgn kenakalan pelajar-pelajar SMKW dan SMKPR.
Namun aku tetap terkesan dengan SMKW. Kenakalan mereka di sekolah, namun tetap aktif bersukan. Aku rindu nak bersorak masa bola, masa latihan sukan, masa olahraga dekat stadium USM. Walaupun mereka nakal mereka tetap di hati.
masing-masing ada sebab tersendiri atas kenakalan 'luar biasa' mereka. Mereka cuma nak kan perhatian yang mereka tak dapat di rumah. cara mencari perhatian mereka dgn buat hal di sekolah.
Pelajar sekalian, tak pandai dalam pelajaran tak apa, yang penting jadi orang yang berguna. Mungkin kalian tidak mampu menjadi seorang doktor dapat berbakti kepada masyarakat. tapi mungkin kalian dapat menjadi manusia membantu keluarga dan orang lain yg memerlukan misalnya menjadi sukarelawan. Biarlah kita tak menjadi orang penting di dunia namun menjadi orang penting di langit. Allah maha adil dalam setiap tindakannya.
Saya mungkin tidak mampu menjadi seorang guru yang dapat memberikan bekalan A dalam setiap ujian atau peperiksaan. Namun saya berharap dengan sedikit kesusahan hidup saya dalam mengejar cita-cita dapat memberikan inspirasi untuk orang lain berjaya.
Sesungguhnya saya merindui kalian...
No comments:
Post a Comment