سْÙ…ِ اللهِ الرَّØْمنِ الرَّØِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Ustaz Azhar IDRUS: CIRI-CIRI wanita hantaran RM10,000
1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah kapel
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit
Fakta: Majoriti muslimah pernah couple. Jadi, pandai-pandailah kurangkan wang hantaran tu ye. Hehehe.
(copy dan paste dari FB)
memulakan kalam entry kali ini dengan lafaz سلام عليكم Ùˆ رØÙ…Ø© الله Ùˆ بركاته dan salam sejahtera..
sebenarnya kali ini, aku tertarik untuk menilai kembali peribadi aku secara holistik.
mampu tak aku untuk mendapatkan wang hantaran sebanyak itu.
namun ape yang lebih penting dari itu, timbul pelbagai persoalan dibenakku.
"Mampukah aku menjadi wanita solehah..???"
"Mampukah aku menemukan laki yang soleh buatku yang mampu membimbing segala kejahilan aku tentang segala ilmu duniawi dan ukhrawi"
"Mampukah aku...??"
melalui ciri-ciri wanita hantaran RM 10,000
aku menilai kembali diri aku yang serba kekurangan ini.
banyak lagi perkara yang perlu aku perbaiki untuk diri sendiri dan kepada bakal suami aku tu.
1. Solat tidak tinggal - Hanya Allah sahaja yang berhak menghakimi aku
2. Menutup Aurat - hmmm.. ntah la.. tutup memang la tutup. tapi mungkin ada cacat celanya disana sini.
3. Tidak pernah Couple - hmmm... alhamdullilah setakat ini aku belum pernah bercouple. tapi setakat suka orang tu ada la kan. perkara normal untuk semua orang rasanya. Hormon tak stabil. mode mengatai terlebih. hahahaha
4. Jaga tingkah laku - mak dan ayah aku selalu pesan. jaga tingkah laku adab sopan. Yong tu perempuan orang akan menilai kita malalui tingkah laku. aku tak tahu setakat mana aku menjaga tingkah laku ini. tetapi yang penting aku cuba menjaga tingkah laku serta nama baik keluarga aku. aku sedaya upaya menjaga. mungkinlah kadang kala terlepas perangai buruk itu. almaklum la kan. aku bukan manusia yang sempurna.
5. Pandai mengaji - aku akui aku bukanlah pandai sangat mengaji tetapi tidak pula terlalu lancar. aku cuba menjadikan amalan membaca al-quran selepas solat maghrib tetapi kadang-kala terlepas disebabkan kesibukan. namun untuk memperbaiki aku cuma mendengar MP3 al-quran untuk menggantikan balik. namun ianya tetap tak sama dengan membaca bukan. Wallahualam
6. Tahu hukum agama - hmmm hukum agama ini banyak. mungkin apa yang aku tahu ini adalah sedikit jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah itu sendiri. aku sendiri tak berani nak cakap aku serba tahu tentang hukum hakam. aku masih tak layak untuk menyatakan aku tahu tentang hukum hakam ini.
7. Hafal al-Quran - lagi tak layak untuk menyatakan tentang hafal al-quran. apa yang aku hafal ialah surah-surah lazim, surah yaasin, surah al-mulk, al-waqiah dan al-dukhan. banyak lagi surah yang aku belum hafal. sedihnya aku rasa. tak taw kenapa. sesungguhnya aku masih belum layak.
8.Pandai memasak - haaaa... ini lagi satu, aku tak pandai masak tapi aku pandai campak je... hahahahaha.. kira2 ak ok la kan jgk.. hahahahaha
9. Pandai menjahit - alamak ini yang aku cuba belajar sebenarnya. setakat menjahit biasa-biasa tu bole la.. kalo sampai nak buat baju tu sedang diusahakan.. tapi aku bole la jgk mengait guna benang bulu kambing sikit2.. bole ganti tak...?? hahahahaha
kes berat ni.. dalam banyak-banyak satu pun tak lepas.
macam mana ni.. sebab itulah aku takut bila orang bertanyakan soal jodoh dengan aku.
al maklumla, aku masih belum layak untuk berbicara tentang JODOH..
huhuhu...
Mak pesan, JODOH akan datang dengan sendiri bila dah sampai masanya...
jadi saya menantikan siapa pemilik tulang rusuk saya ini...
P/S : kena memotivasikan semula diri ni dan mempertingkatkan nilai dan jati diri...
ececececece... hahahaha