Wednesday, January 30, 2013

alkisah cincin

Lama tak update blog. Bersawang suda blogku ini...  ok, kali ni nak bercerita perihal cincin.

Sebelum Cik Sakura cerita tentang cincin ini, perlu ditegaskan bahawasanya cincin ini bukan cincin tanda, cincin tunang atau cincin nikah. Tapi cincin ini milik ayah Cik Sakura.

kisahnya bermula semasa sekolah rendah. Nakalnya Cik Sakura kerana cincin mahai ini telahku ambil secara senyap-senyap dan bawa ke sekolah. Pada waktu itu, Cik Sakura ingat cincin mainan. Haa sekali kantoi dengan mak bila mak jumpak dalam beg sekolah. Mak ambil dan simpan senyap-senyap. Tapi kemudian jumpak kembali oleh Cik Sakura. kemudian kena la beletiaq dengan mak. adoiyaii nakalnya waktu kecik aku dulu-dulu.. mak siap cakap aku jahat lagi. haa amek kaw. sapa suruh buat perangai.

Dulu-dulu jari kecik tak muat pakai. tapi sekarang dah muat. haa ni la gambar cincin tu. owh ya satu batu dah hilang tak taw kat mana. huhu.. ok, jujur aku suka cincin ni.. hihihi...

p/s : haiii, bila la pulak aku dapat cincin. Oppss terlebih sudah..!
oii jangan berangan la Cik Sakura oii calon pun belum ada. haha

Friday, January 25, 2013

Wednesday, January 16, 2013

Kecewa

Secara jujur Cik Sakura sedikit terkilan dengan diri sendiri. Kenapa?

Hmm kisahnya begini. Cik Sakura terasa makin jauh dengan mereka. Jauh hati dimana Cik Sakura tak tahu apa-apa pun masalah mereka. Sehinggakan bila keluar sekali, Cik Sakura la menjadi seorang yang sangat pendiam. Yela, apa yang mereka cerita Cik Sakura tak faham. Cik Sakura berasa seolah-olah tidak layak untuk bersembang dengan mereka sehingga terdetik di hati "siapakah aku pada mereka." Topik perbincangan menjadi pelik bagi Cik Sakura. Cik Sakura tidak dapat mengeluarkan pendapat sendiri. Ada kalanya pemikiran mereka terlalu tinggi sehinggakan Cik Sakura merasakan jika Cik Sakura mengeluarkan pandangan ianya menjadi tidak releven. Betapa kerdilnya diri ini...

Ada ketikanya mereka mahu mengeluarkan hujah masing-masing. Masing-masing mahu bercakap dan Cik Sakura hanya jadi pemerhati dan pendengar sahaja. Mungkin itu lebih baik. Jujurnya Cik Sakura kecewa dengan diri sendiri apabila mempunyai minda yang sedikit kecil dan tidak mampu menganalisis seperti mereka. Bila berada dengan mereka, Cik Sakura seolah-olah tiada kelebihan apa pun. Perasaan ini sangat mengecewakan...
Kecewa lagi apabila diri ini tidak lagi mampu bergembira seperti dahulu.
Kecewa lagi apabila diri sendiri tidak mampu menjadi terbaik seperti mereka.
Kecewa lagi apabila diri sendiri tidak mampu pandai seperti mereka.
Sesungguhnya aku sangat kecewa dengan diri sendiri.

Percubaan demi percubaan aku lakukan untuk mengubati kekecewaan namun tidak berhasil. Dimanakah silap aku.? Dimanakah salahnya aku.?

Ya Allah, kau jauhilah aku dari segala perasaan ini. Sesungguhnya Engkaulah pengubat kekecewaan aku yang terbesar...

Sunday, January 13, 2013

Sepetang di kebun pisang..

Ini kisah Cik Sakura masa balik lepas exem paper 2 jan. Merayap ke kebun pisang. Kebun ni bukan kebun milik ayah Cik Sakura tapi milik datuk Cik Sakura yang berusia 80++. Dasyatkan. Hehe..
Kebun pisang ni lebih kurang 6 ekar kot. Ntah tak ingat pulak ayah sebut baru-baru ni. Yela tak pernah amek taw pun sebenarnya. Hehehe

Pastu terus melawat kebun sawit ayah. Lama tak pergi kebun. Ya Allah rindu betul zaman kanak-kanak. Membesar dalam hutan. Ingat lagi dulu-dulu tanam sayur kat sana. Siap Cik Sakura dengan adik yang laki tu main selut lagi ha. Adik yang perempuan pulak sebut 'kelebuq' tu sebagai 'kubuq'.. Lain sangat maksudnya tu. Hehe

Agak rajin nanti update lagh. Pasal kenangan di kebun...

p/s : nak cerita kenangan kat kawan-kawan macam dulu takut dikatakan sebagai menunjuk-nunjuk. Ada jugak yang kata Cik Sakura ni mengada-ngada. Yela nak tunjuk diri ni hebat.. Hanya Allah je tahu niat Cik Sakura..
M0ga dijauhkan Tuhan dengan sikap riak dan takabur...

Wednesday, January 9, 2013

Study last paper...

Ok, exem last paper kat USM terchenta. PGT 433 - Pengurusan dan pentadbiran kokurikulum sekolah...
Baru nak mula study. Exem jumaat oii...

Tuesday, January 8, 2013

Budak gemuk...

Ini kisah budak gemuk... Kenapa gemuk..? Saja budak gemuk nak bercerita.. Cerita tentang apa? Tentang persepsi orang terhadap kita.

Ini cuma sekadar perkongsian pandangan sahaja. Pandangan Cik Sakura sebagai seorang blogger, pelajar dan sebagai seorang anak. Tak kisah la bagaimana pun keadaanya. Yang penting Cik Sakura juga ada pandangan tersendiri setelah beberapa hari memikirkan. Ok jom merepek! Hoho

Persepsi merupakan suatu tanggapan terhadap sesuatu. Gemuk, kurus, tinggi, rendah, cantik, huduh, merupakan suatu yang subjektif. Contohnya si A menyatakan Si AZ cantik. Berbeza dengan pandangan si B yang menyatakan si AZ cuma sekadar comel. Pandangan ini akan wujud dalam setiap permasalahan. Tidak kira masalah kecil atau besar. Bermakna pandangan tersebut tidak semestinya benar dan tak juga salah. Kita berbeza tanggapan sahaja bukan bawak mati pun. Tak perlu la bergaduh melampau-lampau sampai tarik-tarik rambut atau amek bom tangan lepas tu bom rumah. Ini hasil setelah berfikir dirumah selama beberapa hari.

Masa dikatakan gemuk, agak sentap jgk la. Yela post kat fb kan. Menda kecik jadi besar. Sesungguhnya Cik Sakura tak marah pun. Yela pandangan orangkan. Mana boleh sekat. Tapi salahnya bila post kat fb. Kalau nak ckp secara berdepan pun tak salah. Boleh main-main lagi. Tapi tak apa lah. Its  ok.

Masa balik minggu lepas sempat jmpk warden asrama, ckg Saripah dan makan kat kedai kawan. Nama dia Ani. Oleh kerana lama tak jumpak mereka menyatakan Cik Sakura kurus. Hmmm macam mana pulak tu. Itulah namanya persepsi. So tak mati pun kalau gemuk janji sihat. Hehehe
Konon-konon nak diet hari tu alih-alih terjadi pulak program 'Marathon Makan'...
Apa yang penting Cik Sakura memang suka makan. Sekian!

p/s : lama betul amik masa edit menda alah ni. Baru dapat publish. Ok, kisah si budak gemuk.

Thursday, January 3, 2013

Hmmm...

Tak tahu nak update apa. Walaupun ada satu entry, tapi entry tu tak siap ditaip. Panjang sangat kot. Hoho..

Just layan pic ni je la. Walaupun hanya tinggal harapan je. Huhu
Agak terkilan tapi apa boleh buatkan. Dah usaha setakat yang termampu dah. Selebihnya hanya doa dan tawakal je la. Mudah-mudahan ada rezeki untuk yang satu harapan yang belum kesampaian tu..

Adios amigos.. Sayonara..

p/s : pagi-pagi buta nanti nak pulang ke kampung halaman tercinta. Menghilangkan stress setelah berlaku salah faham dan masalah baru-baru ni..