semalam aku dah cite sal anime faveret ak kan..ni linknya cardcaptor sakura hari ini aku nak cite lagi satu anime faveret aku Prince Of Tennis (POT) aku gila sgt dgn anime nih..gile dekat jejaka handsome anime aku. sampaikan aku pk hape taw. aku nak future husband aku ala2 jepun la muka. aku suka dengan semua watak pemain utama. tambah2 lagi RYOMA ECHIZEN. cool gile watak 2. lagi sowg kepten tezuka..perrggghhhh semat sialllll...issshhh kalo la future husband aku handsome cam tuh,... perrgghhh.. hahahaah..tapi tu kejap je kan.. kejap berangan..hahaahah. tapi kan mana ada perempuan tak suka tgk laki nsome kan..tak terkecuali jgk aku. tapi bagi aku rupa tak penting, yang penting hati kena ikhlas wooo (alamak ayat ter'comel' plak). ayat ni semua ayat potostat je lebih..hahahaha.. wutever la kan. ada aku kisah.. hahahahaha.. pape pun aku sangat terhibur menonton anime. aku tak kisah la orang kata aku childish ke, cam kanak-kanak rebina ke dan segala menda. aku da tak kisah pun. berbalik kpd cte ni. anime ni beratus2 episod. aku tak de la sempat nak tgk semua kan. huhu.. pape pun anime ni menyebabkan saya teringin nak bermain tennis dan kasihannya saya sebab tak smp sekarang tak dapat main lagi. tak pe la..aku setia dengan permainan volleyball n petanque je la..hahahahahha. nanti aku cite lagi sal anime aku nih. ak nak tdo dah ni. da dekat kol 4.30 pagi. merancang masa utk on9 selama sejam jek. so kna tunaikan la.. zatie tak bole on9 sll sgt. kang macam2 aku buat..huhu..
Kisah
Siri yang bertemakan sukan ini berlatarkan kota Tokyo, di mana watak utamanya, Ryoma Echizen memasuki sekolah menengah rendahAkademi Seishun (青春学園 Seishun Gakuen?), singkatannya "Seigaku" (青学?)) yang terkenal kerana kelab tenisnya yang mantap dan pemainnya yang berbakat. Namun, Ryoma menunjukkan kehebatannya dengan kemampuannya untuk menewaskan pemain tenis lama dengan pengalamannya merangkul kejuaraan pertandingan tenis junior di Amerika Syarikat sebanyak empat kali. Ryoma bergaul dengan sahabat barunya dan berkongsi taktik bermain tenis agar dapat membantu kelab tenis Seigaku menerajui pertandingan tenis berpasukan sekolah menengah seluruh Jepun.
Watak utama (Ahli Kelab Tenis Seigaku)
Pemain tetap
- Ryoma Echizen (越前 リョーマ?) dilabel sebagai seorang genius dalam sukan tenis pada usia 12 tahun (ketika bermulanya kisah siri manga ini). Dia paling mantap menggunakan kebolehan Twist serve yang mana bola tenis dilambung ke arah muka lawan dalam kelajuan yang tinggi. Meskipun kidal, Twist servenya hanya berkesan apabila dihantar oleh tangan dominan pihak lawannya. Meskipun kadang-kadang berperangai angkuh dan bermegah-megah, Ryoma mampu mempertahankan pendiriannya dengan kemahiran tenisnya. Walaupun pendiam, Ryoma mempunyai cukup ramai kawan. Ryoma mempunyai seorang abang angkat yang bernama Ryoga Echizen...
- Kunimitsu Tezuka (手塚 国光?) merupakan pelajar tingkatan tiga di Seigaku dan kapten kelab tenis sekolah tersebut. Teknik tenis yang paling mahir dikuasainya merupakan Zero-shiki drop shot, yang mana kepala raketnya diturunkan 3.2mm untuk menghelahkan lawannya untuk menyangka dia akan melakukan lantunan normal. Setelah dilantun, bola merentasi jaring dan mendarat sekaki jaraknya dari bawah jaring, di mana teknik khusus tersebut menonjolkan kehebatannya dengan bola itu mengguling ke belakang, agar menghalang pihak lawan daripada membalas.
- Shuichiro Oishi (大石 秀一郎?) merupakan naib kapten kelab tenis Seigaku dan juga pelajar tingkatan tiga. Dia bersikap amat prihatin terhadap prestasi kelabnya. Terkenal dengan gerakan Moon Volley yang mana bola dilantun tinggi-tinggi dan mampu kambali "masuk" dalam bahagian gelanggang.
- Shusuke Fuji (不二 周助?) juga pemain tenis Seigaku. Walaupun nampak macam pendiam dan ceria namun kehebatannya bermain tenis tidak boleh dipandang rendah. Teknik khususnya, Counter Quartet merupakan teknik yang berkesan apabila bola berpusing apabila dihantar, dan dihentikan pusingannya apabila dibalas raket pemain ini.
- Eiji Kikumaru (菊丸 英二?) pemain yang dikatakan mempunyai mata paling tajam dalam pasukannya. Dia terkenal dengan gerakanKikumaru Beam yang mana bola dilambung dari kedudukan belakang badan ke pemain lawan.
- Sadaharu Inui (乾 貞治?) merupakan pemain yang bermain secara 'logikal' dalam cara bermain tenisnya yang tersendiri bergelar 'tenis data' yang mana dia mengumpul dan menganalisa data pemain lain untuk mengkaji kelemahan mereka. Dia juga berkebolehan menentukan secara tepat kebarangkalian shot bola tertentu berjaya dihasilkan.
- Takeshi Momoshiro (桃城 武?) seorang yang suka beramah mesra dengan orang lain dan suka dipanggil Abang Momo (bahasa Jepun:Momo-chan). Dia merupakan pemain tenis yang mengikut gaya baseliner yang aggresif. Dikenali dengan gerakan khas Bullet Serve, Dunk Smash, Jack Knife dan sebagainya.
- Kaoru Kaido (海堂 薫?) bergelar "Viper" kerana mukanya bagaikan ular, mulutnya sering menghasilkan desisan ular, dan terkenal dengan gerakan snake shot dan boomerang snake, serangan terus yang bergerak secara melengkung di udara.
- Takashi Kawamura (河村 隆?) seorang pemain tenis yang dikenali dengan teknik khusus Hadoukyuu yang berbahaya kepada penggunanya.
Pemain lain
- Masashi Arai (荒井 将史?) adalah seorang ahli kelab tenis Seigaku yang garang dan sering membuli ahli-ahli junior. Dia barangkali dihukum menjadi seorang pemain biasa sahaja yang tidak giat dalam perlawanan tenis setelah terlibat dalam satu insiden berkaitan disiplin ahli kelab di awal cerita.
- Satoshi Horio (堀尾 聡史?) merupakan pelajar tahun pertama dan punca jenaka dalam siri ini yang kononnya banyak pengetahuan dalam tenis serta mengaku melalui "dua tahun pengalaman bermain tenis".
- Kachiro Kato (加藤 勝郎?) dan Katsuo Mizuno (水野 カツオ?) juga pelajar tahun pertama yang berperanan sebagai penasihat Satoshi.
Watak sampingan
- Sumire Ryuzaki (竜崎 スミレ?) merupakan seorang jurulatih kelab tenis Seigaku dan bekas jurulatih kepada ayah Ryoma.
- Sakuno Ryuzaki (竜崎 桜乃?) adalah cucu kepada Sumire yang seolah-olah "jatuh cinta" kepada Ryoma kerana kemahiran tenis Ryoma. Sakuno seorang gadis pemalu yang mula menceburi tenis setelah digalakkan oleh pertemuan dengan Ryoma dan menjadikan Ryoma sebagai contoh untuk berusaha keras mengasah bakatnya.
- Tomoka Osakada (小坂田 朋香?) pelajar tahun pertama yang merupakan rakan karib Sakuno dan juga presiden Kelab Peminat Ryoma Echizen. Dia merupakan tomboy yang cergas, bising, suka mendesak, suka menyorak pasukan Seigaku dengan sekuatnya dan suka berkelahi dengan Satoshi.
- Nanjiro Echizen (越前 南次郎?) adalah ayah kepada Ryoma dan bekas pemain tenis profesional yang sekarang menjadi seorang rahib. Turut dikenali dengan gelaran "Samurai".
- Nanako Meino (菜々子?) merupakan sepupu Ryoma yang tinggal bersama Ryoma dan bapanya.
- Mamoru Inoue (井上 守?) adalah wartawan majalah Tenis Bulanan yang mengikuti perkembangan pasukan Seigaku dan juga peminat Nanjiro Echizen.
- Saori Shiba (芝 砂織?) adalah jurugambar majalah Tenis Bulanan yang mengiringi Inoue dalam mengikuti perkembangan Seigaku.
- An Tachibana (橘杏?): Adik kepada kapten kelab tenis Fudomine, Kippei Tachibana yang turut menyokong pasukan tenis abangnya, namun juga bergaul dengan ahli pasukan Seigaku. Dia juga pemain tahun kedua dalam kelab tenis perempuan Fudomine.
No comments:
Post a Comment