"akak, akak nak hadiah apa untuk birthday?"
Aku tercengang dgn soalan tersebut.. Yela, mana ada orang tanya aku nak hadiah apa. Hehehe
Cik Sakura bukan jenis demand lebih-lebih. Cukup sekadar ingatan dengan wish. Sudah cukup sangat-sangat. Cik Sakura sangat menghargainya..
Akhirnya, 24 disember petang Cik Sakura dapat hadiah jahitan tangan. Sangat hargainya. Rasa macam tak nak guna. Hehe
Hadiah buku nota yang cover luarnya dari kain felt. Siap ada nama lagi. Hohoho
Terima kasih buat Cik ex-rumey Farhana Fariyati yang sudi menghadiahkan menda comel ni. Comei sangat-sangat. Akak sangat sukakannya.. Thanks Naa~~
Simple but nice...
No comments:
Post a Comment