Wah gempak tajuk blog ni kan. Tapi merayap ke blog orang lain dikira stalker ke? Tak kan...Bukan stalker la tapi blogger walking jek. Hehe
Macam mana dapat blog orang ni sedangkan dia bukanlah orang yang popular dalam kalangan orang berblog ni. Hehehe. Ada la kisahnya. Apa-apa pun aku sangat bersyukur sebab aku dapat kenal dia macam mana orangnya.
Sebenarnya, aku bukanlah manusia yang tersangat kejam untuk tidak memaafkan orang. InsyaAllah sebelum tidur aku telah cuba memaafkan orang yang menyakiti hatiku dan orang yang berada disekelilingku. Mana tahu, ditakdirkan oleh Allah nyawa aku dicabut semasa dalam tidur. Orang tak sempat meminta maaf denganku. Jenuh pulak nanti di hari kebangkitan kelak mereka perlu meredah dalam celahan orang ramai untuk meminta maaf denganku. Aku juga berharap semua orang memaafkan aku. Aku bukan manusia sempurna untuk selalu menyedari setiap kesalahanku.
Aku mohon berbanyak kemaafan atas segala kekhilafanku...
Ok, sebenarnya begini. Aku kenai dengan seseorang ni dan baru kenai. Dia ni dengan slumber yaya cakap something dan perkara tersebut memalukan aku sebagai seorang perempuan. Aku tak marah dia, tapi aku sangat malu. Sangat sangat sangat malu ok. Aku rasa muka aku merah kot tambahan lagi aku baru je kenai kot! Boleh pulak cakap macam tu dengan aku. Aku pun buat slumber papa bila dia cakap macam tu. Tapi jujur aku sangat sangat sangat malu ok..! Tapi setelah mengenali beliau sedikit demi sedikit ok, dia memang sengal dan sekarang bila mula baca entry-entry di blog dia, aku kenai dia memang jenis macam tu. Mungkin dia sekadar melawak je dan melawak dia memang jenis slumber yaya. Hahaha...
Dengan ini, saya Cik Sakura memaafkan awak... Cik Sakura juga meminta maaf sebab tak kenai awak macam mana sehingga terasa dan membuatkan awak berdosa sama. Ok, no touching-touching ok.. Bermakna 0-0 ok.. Hewhewhew...
p/s : cerita tersebut memalukan. Oleh yang demikian cerita tersebut tidak akan diceritakan. Hanya orang-orang tertentu je tahu. Dalam 10 orang je kot yang tau.. Hohoho
No comments:
Post a Comment