Cik Sakura mengira detik Jam 7.50 pagi 22 Disember 2012. Pada waktu itu, Cik Sakura berada diparkir Motosikal Saujana untuk pergi ke Kursus Persediaan Latihan Mengajar. Terdetik dihati, pada 20++ dahulu waktu inilah mak melahirkan aku. Dah besar aku rupanya. Dah masuk Universiti dah ha. Kalau dulu, itu merupakan angan-angan yang aku kira tak mungkin tercapai disebabkan dalam kalangan keluarga aku tak pernah sesiapa menjejakkan kaki ke Universiti. Yang ada hanya kolej Swasta dan Diploma UiTM. Makanya dengan ini, aku merupakanAnak Sulung, Cucu Sulung yang berjaya melangkah masuk ke Universiti Sains Malaysia, dengan jurusan Sastera dengan Pendidikan. Aku berjaya menaikan kembali harga diri aku dan keluargaku. Bukan senang nak membuktikan taw.
Tanggal 22 Disember genaplah usiaku yang ke-....
Selamat bertambah usia dan selamat mendekati penghujung usia. Meniti pertambahan usia, aku makin sedar tentang hal yang satu iaitu bekalan untuk hari akhiratku. Pertama, aku jahil tentang ilmu ketuhanan dan aku selalu alpa dan lalai. Aku akui hal itu. Dan sesungguhnya, aku bukanlah Hamba Allah yang baik. Kedua, aku kekurangan ilmu dunia. ilmu dunia ini dalam bentuk pelbagai. Macam-macam la yang tak lengkap. Rupa-rupanya macam-macam aku jahilkan. hmmm.. Seperti status Cik Sakura di Facebook
Hanya beberapa orang je yang wish kat fb. Tu pun yang betul-betul ingat la. Terima kasih kepada yang ingat. Ada beberapa orang yang aku harap mereka wish birthday aku, tu pun ramai diantara mereka langsung tidak ingat birthday aku. Antaranya IQah, Pakcik Hafis, Annisa, Gang-Gang Mulut Puaka dan ada beberapa manusia lagi. tak apa lah. Nak buat macam mana, mereka tidak ingat. Tadi baru call iQah, sebenarnya dia ada call nak wish tp handfon kat bilik dan aku merayap ke tempat lain. memang la akan aku angkat sangatkan. owh ya, aku merajuk dengan dia jugak. Akhirnya dia mengaku dia tak ingat tarikh sebenar birthday aku. It's oke.. =)Alhamdulliah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW hari ini genap berusia. Terima kasih kepada mak& ayah yang selama ini berusaha membesarkanku. Kegembiraan adik-adikku. Tanpa mereka siapalah aku.Sesungguhnya semakin tinggi nilai usia maka semakin pendeklah usia kita. Tiada apa yang dapat dibanggakan dengan pertambahan usia.Moga Allah terus memelihara diriku, kesihatanku dan paling penting amalan yang akan ku bawa ke ahirat kelak. Moga Allah meredhai kita semua sebagai umat islam... InsyaAllah, moga mendapat apa yang dihajati dimasa hadapan.Terima kasih kepada yang sudi mengingati tarikh ini...Moga Allah merahmati kalian...
p/s : Tanpa fb, semua orang yang wish birthday adalah hipokrit kerana mereka tidak ingat tarikh birthday kita yang sebenarnya. What meaning of FRIENDS like that..?? Sebenarnya dah lama aku nak publish entry ni. tapi tak berkesempatan nak merepek. oke sudah la mengarut. Adios Amigos..
No comments:
Post a Comment