Thursday, February 7, 2013

SMK Westlands - Suatu Permulaan

Siapa sangka aku yang ayu dan lemah lembut ini akan dicampakkan ke SMK Westlands. Sebuah sekolah di Georgetown yang sangat dasyat. Sekolah lelaki yang berprestasi *****. Setiap hari berlaku masalah displin, pelajarnya pulak akan dirotan dan digantung dengan setiap kesalahan yang dilakukan. MasyaAllah, pelajar yang tak reti nak dok diam walaupun 1 minit. bercakap 24 jam tanpa henti. Masuk kelas bawak rotan, ugut nak bawak ke cikgu displin pun tak jalan. Penat tak usah cakap la. Siapa kata jadi cikgu ni senang. Seorang karenah murid pun punyai 1000 macam lagak gayanya. Penat menjadi seorang guru, bertambah penat menjadi seorang pendidik. Macam-macam tanggungjawab yang terpaksa dan paksa rela dipikul.

ok, jujur aku akui, kadang-kadang hati aku tersentuh dengan gelagat adik-adik di sekolah ini. Macam-macam hal. k la, kena siapkan Rancangan Pengajaran pulak ni. Walaupun blur tetap kena buat. Entry akan datang Cik Sakura akan update perihal hari perpisahan pengetua dan gelagat pelajar kelas 1K3, 2K2 dan 4P3. masing-masing mempunyai perangai yang kadang kala menyakitkan hati tetapi bila fikir balik lawak.

p/s : pening nak buat RP ni ha. paling penting sedapnya Butterscotch bakar ni. kepada sesiapa yang tak pernah buat sila cuba ye. nyum-nyum...

3 comments:

  1. Fuhhh..dasyat jugak ehh..Tak pe,takpe,sabar k..dh lama2 nanti ok la tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dasyat sangat pun.. aku baru nak update 1 lagi entry seminggu gelagat pelajar aku ni.. haha

      Delete
  2. Cik sakura izza mngjr kt sk tu lgi lani?ada x cikgu kt situ nama Ustaz rahman?dia berhenti dah kan?

    ReplyDelete