Cik Sakura menangis dapat mesej. Bukan senang taw nak tengok Cik Sakura menangis. Cik Sakura sangat susah nak menangis. Tapi kali ini sungguh Cik Sakura sungguh touching dengan mesej tersebut. Mesej yang ringkas namun tetap mengalir air mata ini ketika dihadapan dokumen yang ketika ini tengah menghadap.
Ayah, orang yang banyak berjasa. Walaupun ayah jarang call, tapi ayah juga yang rajin ingatkan mak untuk call. Ayah selalu suruh mak tanya cukup tak duit belanja, makan apa hari ini dan ayah paling tak suka kalau aku tak makan. Tapi ayah tak pernah nyatakan semua itu. Ayah menyatakan melalui mak. Mak jadi orang tengah. Semalam Cik Sakura call adik lelaki, yela call free seminggu. Dapatlah Cik Sakura bercakap dengan ayah. Macam-macam ayah pesan dan nasihat. Ayah juga banyak bercerita. Dah terasa macam ada kat rumah dah.
Birthday tahun lepas jugak suprised me. Ayah dan mak belikan gelang emas. Dan ayah yang memakaikannya di tanganku. Tak terkata apa-apa masa tu.
Tahun ni ayah bagi mesej. Walaupun lambat, sebenarnya ayah taip awai dah. Malam hari jadi tu lagi tapi ayah tak tekan send. Memang la mesej tu akan sampai sendirikan. Hehehe
"selamat hari jadi ayah bangga dengan semua anak anak ayah"
Inilah mesej yang menyebabkan Cik Sakura menangis. Ok, Cik Sakura menangis lagi..
Air mata ni membuatkan mata kabur dan tak nampak nak menaip.
Sekian sahaja entry hari ini.
Paling penting Yong sangat-sangat sayangkan ayah... Lebiu so much... <3 <3 <3
Assalamualaikum...
p/s : rupa-rupanya aku reti menangis. muahahaha..
Last menangis lepas pergaduhan dgn gang dulu. Lain entry, Cik Sakura cerita pasal family pulak eyh. Sekarang, jom study...
No comments:
Post a Comment