Tuesday, December 18, 2012

Cik Sakura - Sejarah & Tidur...



Masalah ni bukan masalah baru bagi Cik Sakura. Sejak kenai subjek sejarah dari tingkatan 1 sehinggalah sekarang dah 10 tahun subjek ini seringkali dikaitkan dengan TIDUR. Ok, jujur aku salah seorang yang suka tidur masa cikgu mengajar dalam kelas. Ingat lagi masa di tingkatan 1, aku merupakan manusia yang fail dalam subjek sejarah walaupun jawab soalan objektif. Ok, masa tu aku berada dikelas hujung. Memang rajin sangat la nak study kan. Hahahaha...

Masa ditingkatan 2, disebabkan aku suka cikgu Fadzilah tu mengajar maka aku lulus la. Sekadar lulus ok. Hehe. Masa di tingkatan 3, hidup aku macam sejarah la. Tidur dalam kelas masa cikgu mengajar memang wajib dah. Sampaikan suatu hari aku terfikir.

"Aku ni cita-cita nak jadi cikgu. Dah la tak ada subjek yang aku suka. Mana tau suatu hari aku dapat jadi cikgu dan subjek sejarah."

Mana tak ada aku sukanya, sebab semua subjek aku paras cukup makan je. Macam mana la nak jadi cikgu dengan keadaan macam ni. Susahkan kalau macam ni.. Sehinggalah, suatu saat masuk universiti. Jurusan yna aku dapat pendidikan major SEJARAH  Minor SASTERA. Bertapa disasternya aku. Mana taknye mulut Cik Sakura ni masin ok. Perkara ni dari masa aku cakap semasa belajar dari sekolah menengah masa tingkatan 3 lagi ye.

Jujur aku akui, sampai sekarang bila Cik Sakura belajar sejarah kompem akan tidur. hikhikhik...
Cik Sakura-Sejarah & Tidur merupakan perkara yang tak dapat dipisahkan. Miahaha...

Ok, ni paper last sejarah yang Cik Sakura akan jawab. Harap dapat jawab dengan baik. Owh #HSM313 . Lepas ni kena mengajar sejarah la pulak. Tu lagi satu haru, kang dapat anak murid perangai macam aku. Jenuh la aku. Muahaha


p/s : Sebenarnya aku nak ceritakan, bila Cik Sakura cuba study sejarah untuk final exem mesti akan tidur lebih berbanding study sejarah itu sendiri. ok, itu saja nak bagitaw. kbai.. Adios Amigos..

No comments:

Post a Comment