Monday, December 31, 2012

Jangan hilang momentum...

Entry tahun baru...
Permulaan yang tak berapa baik bagi Cik Sakura & Cik Rumet. Hmmm ntah la. Tak taw nak cerita macam mana.

Yang penting "Jangan Hilang Momentem" ye Cik Sakura. Walaupun momentum makin perlahan dan cuba untuk berhenti namun perlu dicari daya tolakan untuk mengembalikan semula kelajuan momentum tersebut.

Sabar menanti esok yang tak pasti. Masih mencari fokus dan cuba melajukan kembali momentum.
Jia you Nur Izzatie! Gambate Cik Sakura! Aja-aja fighting Zatie! All is well... InsyaAllah...

STRESS..!

One word only...

STRESS..!

Saturday, December 29, 2012

KOMTAR...

Merayap ke KOMTAR masa study week. Memang hebat. Orang kelam kabut study Cik Sakura dan kawan-kawan sempat merayap. Cik Sakura cari kasut untuk LM. Penat taw cari tapi tak jumpak-jumpak. Yela nak cari ikut kriteria tertentu, bila dah jumpak pulak tak ada saiz. Saiz besar sangat semua kasut yang ada. Kaki Cik Sakura ni comel sangat. Hohoho...

p/s : ok, cukup sudah merepek.
Owh ya, ada kwn aku cakap aku da gemuk. Gemuk tu perkataan yang sensitif taw. Tapi ada aku kisah. Gemuk ke kurus ke aku tetap aku. Janji aku happy sudah la. Dah memadai bagi aku. Kbai...

Friday, December 28, 2012

Lagi Hadiah Birthday..

Wah dapat lagi hadiah birthday.
Thanks sakina bagi MARS.
Thanks shyla bg NIPS.
Buat makan masa study Munakahat katanya. Hoho
Tapi masalah sekarang batuk. So macam kena simpan je dulu. Hoho

Lagi satu pulak hadiah dari Mimi. Jiran sebelah. Tong sampah yang comel. Tak sampai hati nak jadikan tong sampah. So, jadikan sebagai tabung syiling. Hehehe..

Thanks korang. Sayang sangat-sangat..

p/s : ok, saya touching.. Masih ada yang ingat.. Hohoho

Full moon...

Subhanaallah. Maha suci Allah. Yang menjadikan langit & bumi.
Jarang dapat lihat bulan kat Penang ni. Gambar ni diambil dari meja study Cik Sakura. Cantik sangat ciptaan Allah ni. Moga bertambah keimanan kita pada Allah SWT. Salah satu cara meningkatkan keimanan ialah dengan memandang kejadian alam. Melihat kebesaran alam.

p/s : moga ada mood study...

Thursday, December 27, 2012

Mr. Cactus

Ok, saje je nak tayang Mr. Cactus saya ditingkat 9. Cik Sakura suka cactus simple dan nice, tetapi bahaya. Just beware...

p/s : just like me...
Kbai...

Battle for second & third exem will be coming..!

Exem seterusnya bermula pada 2 Jan. Nampak gayanya tak bertahun baru la Cik Sakura. Pada jam 9 bermulanya HIS 224 iaitu kursus Munakahat, belajar pasal nikah kahwin ni. Sangat menarik, tapi yang tak menariknya peperiksaan ni kena hafal dalil-dalil untuk menyokong jawapan. Buat Cik Sakura ni, agak lemah nak menghafal-hafal. Tak apa all is well. Hohoho. Stay optimistic.

Kursus seterusnya jam 2.15 petang iaitu HKN 307- Kesusasteraan Nusantara I : Aspek teori dan kritikan. Jujur kursus ini menarik tetapi agak susah nak skor. Tak apa, belum cuba belum tahukan. Muahahaha. InsyaAllah, ada study group nanti. Sangat suka study group.

p/s : Cik Sakura lagi suka study group dari belajar sorang-sorang sebab ia sangat  membosankan.. Huhu. Ok, sudah merepek.
Jom mula study.. Amek mood balik. Yeke study ni..? Ada sedikit kecelaruan maklumat disitu ya. Miahaha..

Wednesday, December 26, 2012

First exem...

Jadual Exem Semester 7


Fuyohhhhh.. Minggu ulangkaji aku dah exem. muahahaha..
Ok, jujur aku akui HSM 313 merupakan soalan exem yang susah. Dan aku tak tahu nak mengarut apa. Tapi nasib baik dokumen tu Cik Sakura dah baca. Boleh jugak la nak merapu buat sejarah sendiri. sebenarnya Ada satu dokumen tu tentang isi "Siri Surat menyurat' yang aku baca sampai habis. Penat taw translate dari BI ke BM. Yela orang tak berapa nak cerdik BI memang la susah sikit nak faham. Tapi aku rasa BI aku makin maju kot.. #Eh? hahahaha...
Nak dijadikan cerita sedih, dokumen yang aku khatam tentang perhambaan tu tak keluar. Sangat-sangat sedih. tapi tak apa lah, apa boleh buatkan. walaupun dok merapu buat sejarah sendiri, harap boleh la dapat gred yang baik... Aamiin~~

Birthday..!



Cik Sakura mengira detik Jam 7.50 pagi 22 Disember 2012. Pada waktu itu, Cik Sakura berada diparkir Motosikal Saujana untuk pergi ke Kursus Persediaan Latihan Mengajar. Terdetik dihati, pada 20++ dahulu waktu inilah mak melahirkan aku. Dah besar aku rupanya. Dah masuk Universiti dah ha. Kalau dulu, itu merupakan angan-angan yang aku kira tak mungkin tercapai disebabkan dalam kalangan keluarga aku tak pernah sesiapa menjejakkan kaki ke Universiti. Yang ada hanya kolej Swasta dan Diploma UiTM. Makanya dengan ini, aku merupakanAnak Sulung, Cucu Sulung yang berjaya melangkah masuk ke Universiti Sains Malaysia, dengan jurusan Sastera dengan Pendidikan. Aku berjaya menaikan kembali harga diri aku dan keluargaku. Bukan senang nak membuktikan taw.
Tanggal 22 Disember genaplah usiaku yang ke-....
Selamat bertambah usia dan selamat mendekati penghujung usia. Meniti pertambahan usia, aku makin sedar tentang hal yang satu iaitu bekalan untuk hari akhiratku. Pertama, aku jahil tentang ilmu ketuhanan dan aku selalu alpa dan lalai. Aku akui hal itu. Dan sesungguhnya, aku bukanlah Hamba Allah yang baik. Kedua, aku kekurangan ilmu dunia. ilmu dunia ini dalam bentuk pelbagai. Macam-macam la yang tak lengkap. Rupa-rupanya macam-macam aku jahilkan. hmmm.. Seperti status Cik Sakura di Facebook


Alhamdulliah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW hari ini genap berusia. Terima kasih kepada mak 
& ayah yang selama ini berusaha membesarkanku. Kegembiraan adik-adikku. Tanpa mereka siapalah aku.
Sesungguhnya semakin tinggi nilai usia maka semakin pendeklah usia kita. Tiada apa yang dapat dibanggakan dengan pertambahan usia.
Moga Allah terus memelihara diriku, kesihatanku dan paling penting amalan yang akan ku bawa ke ahirat kelak. Moga Allah meredhai kita semua sebagai umat islam... InsyaAllah, moga mendapat apa yang dihajati dimasa hadapan.
Terima kasih kepada yang sudi mengingati tarikh ini...
Moga Allah merahmati kalian...
Hanya beberapa orang je yang wish kat fb. Tu pun yang betul-betul ingat la. Terima kasih kepada yang ingat. Ada beberapa orang yang aku harap mereka wish birthday aku, tu pun ramai diantara mereka langsung tidak ingat birthday aku. Antaranya IQah, Pakcik Hafis, Annisa, Gang-Gang Mulut Puaka dan ada beberapa manusia lagi. tak apa lah. Nak buat macam mana, mereka tidak ingat. Tadi baru call iQah, sebenarnya dia ada call nak wish tp handfon kat bilik dan aku merayap ke tempat lain. memang la akan aku angkat sangatkan. owh ya, aku merajuk dengan dia jugak. Akhirnya dia mengaku dia tak ingat tarikh sebenar birthday aku. It's oke.. =)

p/s : Tanpa fb, semua orang yang wish birthday adalah hipokrit kerana mereka tidak ingat tarikh birthday kita yang sebenarnya. What meaning of FRIENDS like that..?? Sebenarnya dah lama aku nak publish entry ni. tapi tak berkesempatan nak merepek. oke sudah la mengarut. Adios Amigos..

Tuesday, December 25, 2012

Exem, pen & kotak pensil...

Oleh sebab Cik Sakura tidak mempunyai pencil case, maka terhasil lah pencil case buatan tangan. Buat sendiri taw. Simple je. Tak sempat nak menambah corak-corak bagai. Janji boleh bawak pg exem esok.

Baru study berapa soalan je ni. Tak pe, esok jawab 4 soalan je, so 4 soalan sudah la. Hehe

p/s : sempat lagi aku dok mereka menda alah ni. Esok exem Cik Sakura oii.. Esok kan bukan hari ini. Hahaha..

Monday, December 24, 2012

Menangis dapat mesej...


Cik Sakura menangis dapat mesej. Bukan senang taw nak tengok Cik Sakura menangis. Cik Sakura sangat susah nak menangis. Tapi kali ini sungguh Cik Sakura sungguh touching dengan mesej tersebut. Mesej yang ringkas namun tetap mengalir air mata ini ketika dihadapan dokumen yang ketika ini tengah menghadap.

Ayah, orang yang banyak berjasa. Walaupun ayah jarang call, tapi ayah juga yang rajin ingatkan mak untuk call. Ayah selalu suruh mak tanya cukup tak duit belanja, makan apa hari ini dan ayah paling tak suka kalau aku tak makan. Tapi ayah tak pernah nyatakan semua itu. Ayah menyatakan melalui mak. Mak jadi orang tengah. Semalam Cik Sakura call adik lelaki, yela call free seminggu. Dapatlah Cik Sakura bercakap dengan ayah. Macam-macam ayah pesan dan nasihat. Ayah juga banyak bercerita. Dah terasa macam ada kat rumah dah.

Birthday tahun lepas jugak suprised me. Ayah dan mak belikan gelang emas. Dan ayah yang memakaikannya di tanganku. Tak terkata apa-apa masa tu.
Tahun ni ayah bagi mesej. Walaupun lambat, sebenarnya ayah taip awai dah. Malam hari jadi tu lagi tapi ayah tak tekan send. Memang la mesej tu akan sampai sendirikan. Hehehe

"selamat hari jadi ayah bangga dengan semua anak anak ayah"

Inilah mesej yang menyebabkan Cik Sakura menangis. Ok, Cik Sakura menangis lagi..
Air mata ni membuatkan mata kabur dan tak nampak nak menaip.
Sekian sahaja entry hari ini.
Paling penting Yong sangat-sangat sayangkan ayah... Lebiu so much... <3 <3 <3
Assalamualaikum...

p/s : rupa-rupanya aku reti menangis. muahahaha..
Last menangis lepas pergaduhan dgn gang dulu. Lain entry, Cik Sakura cerita pasal family pulak eyh. Sekarang, jom study...

hadiah yang comeyl...

"akak, akak nak hadiah apa untuk birthday?"
Aku tercengang dgn soalan tersebut.. Yela, mana ada orang tanya aku nak hadiah apa. Hehehe
Cik Sakura bukan jenis demand lebih-lebih. Cukup sekadar ingatan dengan wish. Sudah cukup sangat-sangat. Cik Sakura sangat menghargainya..

Akhirnya, 24 disember petang Cik Sakura dapat hadiah jahitan tangan. Sangat hargainya. Rasa macam tak nak guna. Hehe
Hadiah buku nota yang cover luarnya dari kain felt. Siap ada nama lagi. Hohoho
Terima kasih buat Cik ex-rumey Farhana Fariyati yang sudi menghadiahkan menda comel ni. Comei sangat-sangat. Akak sangat sukakannya.. Thanks Naa~~
Simple but nice...

Sunday, December 23, 2012

Sejarah oh sejarah..

Kursus HSM 313/4 merupakan paper dokumen. Cik Sakura perlu mengkhatam dokumen-dokumen yang telah di fotokopi untuk menjawab peperiksaan akhir semester pada 26 Disember 2012 ini.

Kena buat warna-warni baru menarik. Kalau tak, mesti Cik Sakura tidur lagi...
Apatah lagi dokumen dalam bahasa inggeris ini memeningkan kepala otak nak menterjemahkan..
Muahaha...

Ok, cukup sudah merapunya.. Papai papai papai...

Kursus Persediaan Latihan Mengajar...

Cik Sakura bakal bergelar guru? Oucchh, ni la cita-cita dari tadika lagi. Dulu-dulu nak jadi guru tadika je. Bila kenang balik, tak jadi guru tadika tapi bakal mengajar sekolah menengah. Dugaan kot.. tapi tak apalah. cabarankan.! ok, ni sebenarnya yang nak Cik Sakura ceritakan. Berkenaan dengan Kursus Persediaan Latihan Mengajar yang diadakan pada 22 Disember 2012. 

Sebagai seorang bakal guru pelatih, tugas amat berat yang akan dipikul. Banyak tugasan menanti. Jika dahulu tugasan dalam bentuk Esei, tapi sekarang tidak lagi. Tugasan dalam bentuk Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Paling best RPH perlu dilaksanakan hari-hari mengikut kelas. oh my.. Dasyat ni. Tapi tak apa. itu adalah lumrah kehidupan bagi aku bergelar guru. Banyak pesanan dan amanat yang disampaikan. Jadi guru ini seolah-olah menjadi semua pekerjaan sekali. Guru la jururawat, Guru la doktor, Guru la Hakim, Guru la pelakon dan macam-macam lagi. MasyaAllah hebatnya pekerjaan ini. Sungguh mulia pekerjaan ini. Alhamdullilah, cita-cita dari berusia 6 tahun akan tercapai tidak lama lagi.

Sila abaikan frasa diatas.
ni la akibatnya masa mengantuk + dengar ceramah
sambil dok men-men edit gambar
Kursus Persediaan Latihan Mengajar..

Baru je memulakan entry baru, tiba-tiba di Facebook ada orang berkongsi kata-kata ini :



GAJI GURU NAIK 2012... Ada yang pertikai...
Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI
PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI
BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

-> Time pertandingan bola.. cikgu jd
REFEREE.. buat garisan padang... buat
persiapan padang... buat kertas kerja... jadi
PBSM tengah padang... bila murid kalah,
cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak
tu pandai main...
Time budak nak bertanding apa2 acara...


cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene
kritik... cikgu x pandai ajar...

Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi
PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak
tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x
pandai jaga...

Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila
cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap,
cikgu ni asyik minta duit....

Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan
utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid
tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak
bagi murid tu makan....

Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da
tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...

Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu
kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena
jaga makan minum murid... bukan sorg
murid jer...

Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene
baju murid... esok dapat teguran dari
parent... ape cikgu ajar ni???

Time persembahan hari guru.. cikgu jd
KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak
pandai buat persembahan...

Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG
KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu
jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa..
jawapan.. anak saya mmg macam tu...
.
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
nak hukum budak.. esok dapat saman dari
parent.. bila bagi tau parent... parent cakap
tak per... budak2...

Time budak wat persembahan... cikgu jd
PHOTOGRAPHER... yg ajar budak
persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik...
kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata
cikgu x reti ajar... cikgu lagi...

Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
cikgu jadi pak guard siang dan malam...
untuk pastikan anak murid sedap tidur...
cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg
kerja cikgu...

Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR
MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata
cikgu nak kaut untung atas angin.. tp
sebenarnya nak kumpul dana sekolah...

Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan
murid... murid hanya gelak pada hari
guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??

Time gotong royong sekolah... cikgu jd
TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah
dalam keadaan baik agar murid - murid
selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk
sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga
kebersihan...

Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK
IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid..
kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak
sembahyang...tapi bila tanya orang, org
cakap, cikgu tak ajar di sekolah...

Time parent amek lambat... cikgu jd BABY
SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak
bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan
tanya kenapa lambat... banyak urusan di
pejabat....

Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM
MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat
surat saman dari parent... sbb jentik anak
dia...

Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd
PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa??
kereta cikgu... minyak duit siapa?? duit
cikgu....

Time merentas desa.. cikgu jd POLIS
TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi
murid merasa aktiviti...

Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu
jadi badut... bila salah sikit... esok masuk
muka hadapan berita... kata cikgu tak
pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang
jadi pelawak tadi...

Baru 24 kerja jer.. NAK senaraikan lagi
ke???? 
I Love My Teacher :) Saya tetap sayang cikgu
saya.... siapa kamu kalau bukan jasa cikgu
kamu dan keredhaan ilahi...




Friday, December 21, 2012

PGT 433 - 20-12-2012

Tamat la kuliah terakhir sebagai pelajar USM. Selama 4 tahun berhempas pulas dengan segala macam perkara. Akhirnya pada tanggal 20-12-2012 tamat la kuliah sebelum menghadapi peperiksaan pada 26 Disember 2012.

Sesungguhnya banyak memori tercipta semasa camping...

p/s : kalau ada masa nanti akan di kemaskini entry tentang camping. InsyaAllah. Terlalu banyak yang hendak di ceritakan. Moga berkesempatan.

Mengarut di gym M04

Mengarut di gym M04.. Memang sangat mengarut. Hehe. Kitaorang santai je. Makan spegeti segala bagai. Sampai tak larat nak makan la.. Meh terjah

p/s: sentap dengan seseorang sehingga naik suhu saya. Pape pun tetap relex.. Hehe

Usrahmate~

Usrah merupakan suatu bulatan kegembiraan. sungguh aku akui, aku sangat gembira mengenali rakan-rakan dalam bulatan kegembiraan ini. Cik Sakura bukanlah manusia yang sangat baik. Banyak cacat cela serta kepincangan dalam diri. Hal ini membuatkan aku berasa sangat jahil terutama dalam ilmu agama. Banyak yang dikongsikan dalam bulatan kegembiraan saya. Cik Sakura menyertai Usrah ini lewat semester 6. Pada masa tersebut, sedikit sebanyak diri ini terasa kosong walaupun aku berada disekeliling rakan. aku sendiri mencari apakah yang bermain dalam benak fikiranku. Ternyata semuanya adalah sesuatu yang aku cari. 

Mengimbau kembali perkara yang membuatkan aku tergerak hati menyertai Usrah ini ialah Fatin. Fatin merupakan Naqibah kumpulan usrah kami. Pada mulanya, hati tergerak nak turun ke surau Saujana. Namun entah macam mana, disebabkan segan dan malu untuk turun ke surau ditingkat bawah. Allah telah menghantar Fatin untuk meneruskan niat murni aku ini. tiap-tiap petang Fatin datang ketuk pintu disetiap bilik di tingkat 9 & 10 Desasiswa Saujana ini dengan memberitahu tentang program yang diadakan di surau selama seminggu. Alhamdullilah, aku dan rumet aku ketika itu Farhana Fariyati tergerak hati untuk ke surau. Banyak pengisian yang bermanfaat. Bermula dari pengisian selepas Magrib ke Isyak berlangsung pula satu tawaran yang aku tidak berfikir 2 atau 3 kali. Menyertai USRAH. Ya Allah, sesungguhnya ini adalah peluang terbaik untuk aku belajar tentang imlu agama dan perkongsian. Walaupun ketika itu agak lewat kerana sudah  dipertengahan semester berlangsung. Ilmu dan kebahagian yang aku cari. aku bersama rumet aku berada di satu kumpulan. Maha suci Allah.

Ternyata di hujung semester tersebut aku mendapati diri aku sangat gembira walaupun terdapat suatu peristiwa yang menguris jiwa dan rasa. Namun, ternyata itu merupakan ujian dari Allah untuk menguji hambanya. Aku terima dengan redha walaupun sakit. "Sesungguhnya persahabatan tak dapat dijual beli". Dari sinilah aku berkenalan dengan mereka yang dapat berkongsi perasaan kekosongan aku. Dari sinilah aku dapat banyak pengajaran. Betapa jahilnya aku dalam ilmu agama. MasyaAllah...

Aku akui sehingga sekarang aku masih belum dapat mengawal hati dan perasaan sebenarnya. Aku cuma manusia yang banyak melakukan kekhilafan. Banyak perkara yang perlu aku belajar dai hari demi hari. Semakin banyak aku belajar, semakin banyak yang aku tidak tahu. Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas. seluas lautan yang hanya setitis air lautan yang aku ketahui. Sesungguhnya Cik Sakura sangat sayangkan bulatan kegembiraan ini. Tiada kata-kata yang mampu aku ungkapkan.

kumpulan Usrah semester 6


Kumpulan Usrah semester 7
ada beberapa orang tak ada sebab tak dapat join slot ni..
sedih sangat.
Ibah, Syuhada & Dila..
p/s: Aku bukanlah manusia yang baik. Banyak perkara yang aku belum tahu. Moga Allah terus menunjukkan jalan kepada aku yang jahil ini. Jika berkesempatan dalam entry akan datang Cik Sakura akan kongsikan sedikit sebanyak perkongsian dalam usrah yang sempat dicatatkan... InsyaAllah...

Thursday, December 20, 2012

Sakit kifarah dosa...

Dah lama tak sakit macam ni. Dulu, sakit macam ni buat aku nak nangis. kalau setakat deman, selesema dan batuk tu dah biasa dah. Tapi, tak apa Cik Sakura kuat..! Tak lama lagi baik la tu. Tapi menahan sakit tu memang menyakitkan. Lega sangat bila dapat baring sekarang ni. Sakit tu kan kifarah dosa. Moga dosaku dihapuskan.

p/s: Mintak mahap kawan-kawan. Tadi tak dapat nak tolong banyak. Dan banyak diam dari bercakap. Tak mampu nak hilangkan kegembiraan kawan-kawan tadi walaupun hanya jadi pemerhati...

berbaju kurung di kelas

Tutorial terakhir semester 7 menyaksikan kelas yang aku ambil sebagai paper option merupakan penutup bagi perbentangan dan tutorial terakhir bergelar pelajar. Namun masih ada kuliah merangkap majlis penutup bagi paper PGT 433. Sebenarnya, Cik Sakura berada dalam kuliah PGT 433 ni. Orang dok kelam kabut kat depan. Aku pulak sibuk update blog kat belakang.! Tak pe Dekan PPIP belum datang lagi. Nanti pulak la cerita pasal  ni. Sekarang fokus pada paper HIS 224 iaitu paper Munakahat.

Tak sangka pulak Cik Sakura boleh terambil paper ni. Tak da dalam perancangan pun nak amek sebenarnya. Hehe.. Tak apalah tambah ilmu.. Ada orang kata Cik Sakura gatai nak kahwin. Tapi masalahnya cal0n pun belum ada. Macam mana tu.? Hehehe
Tak apa, tambah ilmu. Bukan senang tau nak hidup dengan pasangan. Banyak dugaan.

Oleh sebab tadi tak dapat pos entry ni, jadi Cik Sakura edit sikit. Yela wifi macam chipsmore kat dewan kuliah SK2 tadi. Memang la dapat publish sangatkan. Haha..

Ni kawan-kawan kelas Munakahat a.k.a gang budak management..

Shukri tak payah kenalkan dah kot.hehe
Liza budak perak. 1st time kenal melalui Shukri hanya melalui mesej je ok. Hehe
Atynn ni kawan liza, tapi sekarang dah jadi kawan sendiri dah. Hehehe
Ann pulak secara officially kenal masa Dinner AMLIS. sebelum ni kenal kat facebook je la.. Hehe
Mat pulak kawan dari sekolah menengah lagi. Sama macam Shukri. Tapi masalah terbesar dia ni tak mau amek gambar. Aisssh geram aku! Rasa nak cepuk je dia laju-laju. Hahahaha..

K la cukup la aku membebel kat sini untuk entry kali ni.
Assalamualaikum... Adios Amigos..

p/s: siap-siap nak makan spegeti, wedges, roti sosej dan lain-lain yang telah siap dimasak sebentar tadi.. Jangan jeles..! Hohoho..

Wednesday, December 19, 2012

Tiba-tiba...

"Hello rumet. Tengah buat apa?"
"Tak ada buat apa pun. Nape?"
"Ni ada orang nak cakap dengan hang ni"
"Weh, j0m p makan laksa hari tu. Aku teringin". Suara mamat tu.
Mamat tu merupakan Aizul Is merangkap ketua rombongan.

Tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju. Jam 5.00 petang. Gara-gara tension. Ok, Cik Sakura memang suka buat kerja gila...

Rumet Cik Sakura iaitu Farhana...
Kawan sekolah Cik Sakura iaitu Shukri...
Kawan USM iaitu Aizul Is...
Dan kawan USM kali kedua jumpak iaitu Faridzul a.k.a Zul...

Tuesday, December 18, 2012

Cik Sakura - Sejarah & Tidur...



Masalah ni bukan masalah baru bagi Cik Sakura. Sejak kenai subjek sejarah dari tingkatan 1 sehinggalah sekarang dah 10 tahun subjek ini seringkali dikaitkan dengan TIDUR. Ok, jujur aku salah seorang yang suka tidur masa cikgu mengajar dalam kelas. Ingat lagi masa di tingkatan 1, aku merupakan manusia yang fail dalam subjek sejarah walaupun jawab soalan objektif. Ok, masa tu aku berada dikelas hujung. Memang rajin sangat la nak study kan. Hahahaha...

Masa ditingkatan 2, disebabkan aku suka cikgu Fadzilah tu mengajar maka aku lulus la. Sekadar lulus ok. Hehe. Masa di tingkatan 3, hidup aku macam sejarah la. Tidur dalam kelas masa cikgu mengajar memang wajib dah. Sampaikan suatu hari aku terfikir.

"Aku ni cita-cita nak jadi cikgu. Dah la tak ada subjek yang aku suka. Mana tau suatu hari aku dapat jadi cikgu dan subjek sejarah."

Mana tak ada aku sukanya, sebab semua subjek aku paras cukup makan je. Macam mana la nak jadi cikgu dengan keadaan macam ni. Susahkan kalau macam ni.. Sehinggalah, suatu saat masuk universiti. Jurusan yna aku dapat pendidikan major SEJARAH  Minor SASTERA. Bertapa disasternya aku. Mana taknye mulut Cik Sakura ni masin ok. Perkara ni dari masa aku cakap semasa belajar dari sekolah menengah masa tingkatan 3 lagi ye.

Jujur aku akui, sampai sekarang bila Cik Sakura belajar sejarah kompem akan tidur. hikhikhik...
Cik Sakura-Sejarah & Tidur merupakan perkara yang tak dapat dipisahkan. Miahaha...

Ok, ni paper last sejarah yang Cik Sakura akan jawab. Harap dapat jawab dengan baik. Owh #HSM313 . Lepas ni kena mengajar sejarah la pulak. Tu lagi satu haru, kang dapat anak murid perangai macam aku. Jenuh la aku. Muahaha


p/s : Sebenarnya aku nak ceritakan, bila Cik Sakura cuba study sejarah untuk final exem mesti akan tidur lebih berbanding study sejarah itu sendiri. ok, itu saja nak bagitaw. kbai.. Adios Amigos..

Terstalk blog seseorang...

Wah gempak tajuk blog ni kan. Tapi merayap ke blog orang lain dikira stalker ke? Tak kan...Bukan stalker la tapi blogger walking jek. Hehe

Macam mana dapat blog orang ni sedangkan dia bukanlah orang yang popular dalam kalangan orang berblog ni. Hehehe. Ada la kisahnya. Apa-apa pun aku sangat bersyukur sebab aku dapat kenal dia macam mana orangnya.

Sebenarnya, aku bukanlah manusia yang tersangat kejam untuk tidak memaafkan orang. InsyaAllah sebelum tidur aku telah cuba memaafkan orang yang menyakiti hatiku dan orang yang berada disekelilingku. Mana tahu, ditakdirkan oleh Allah nyawa aku dicabut semasa dalam tidur. Orang tak sempat meminta maaf denganku. Jenuh pulak nanti di hari kebangkitan kelak mereka perlu meredah dalam celahan orang ramai untuk meminta maaf denganku. Aku juga berharap semua orang memaafkan aku. Aku bukan manusia sempurna untuk selalu menyedari setiap kesalahanku.
Aku mohon berbanyak kemaafan atas segala kekhilafanku...

Ok, sebenarnya begini. Aku kenai dengan seseorang ni dan baru kenai. Dia ni dengan slumber yaya cakap something dan perkara tersebut memalukan aku sebagai seorang perempuan. Aku tak marah dia, tapi aku sangat malu. Sangat sangat sangat malu ok. Aku rasa muka aku merah kot tambahan lagi aku baru je kenai kot! Boleh pulak cakap macam tu dengan aku. Aku pun buat slumber papa bila dia cakap macam tu. Tapi jujur aku sangat sangat sangat malu ok..! Tapi setelah mengenali beliau sedikit demi sedikit ok, dia memang sengal dan sekarang bila mula baca entry-entry di blog dia, aku kenai dia memang jenis macam tu. Mungkin dia sekadar melawak je dan melawak dia memang jenis slumber yaya. Hahaha...

Dengan ini, saya Cik Sakura memaafkan awak... Cik Sakura juga meminta maaf sebab tak kenai awak macam mana sehingga terasa dan membuatkan awak berdosa sama. Ok, no touching-touching ok.. Bermakna 0-0 ok.. Hewhewhew...

p/s : cerita tersebut memalukan. Oleh yang demikian cerita tersebut tidak akan diceritakan. Hanya orang-orang tertentu je tahu. Dalam 10 orang je kot yang tau.. Hohoho

Meja belajar...

Meja belajar merupakan tempat kita akan menghabiskan banyak masa kita. Percaya atau tidak itu ialah realiti kehidupan sebagai pelajar. Manakala bagi mereka yang berkerja juga sama.

Meja belajar ini penting kerana, tempat letak laptop, siapkan tugasan, laporan, dan tempat study bagi mereka yang mempunyai ujian pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester. Oleh yang demikian, meja belajar merupakan satu aset yang penting sebagai pelajar.

Bagi Cik Sakura sendiri, jika meja berserak dan berterabur dengan barang-barang, buku, pen, helmet dan lain-lain amatlah merimaskan.

Ini merupakan tips study yang sangat penting. Aku sendiri tak boleh memulakan study. Seperti entry sebelum ini, aku tak da mood study di sebabkan oleh hal ini la. Harus dinyatakan disini, aku tak la kemas mane pun, tapi untuk membangkitkan mood study kekemasan itu perlu. Tapi kan, aku tak boleh nak tengok benda yang serabut termasuklah kain gebaq tak dilipat, bantal tak tersusun dan cadar tak tegang. Ok, aku akui memang serabut sangat-sangat. Berbeza dengan sikap aku yang dulu la. Dulu aku sangat serabut dan tak pandai kemas ok! Pengakuan berani mati ni. Hohoho.. Terus tak da orang nak jadikan aku calon isteri lepas ni. Hehe

Ok, sudah-sudah la merapu Cik Sakura oiii! Owh ya sebelum terlupa ni meja study aku la. Tak la kemas mana pun. Yang penting aku suka meja study aku selepas dikemas. Tak sabar nak mulakan study.. Exem owh exem!!!

Monday, December 17, 2012

Cik Sakura tak ada kerjakah?

ok, tak da kerja? Ada la sayang oii. P STUDY nun. hoho. Exem makin hampir. Tapi kan nak tunjuk something pasal gambar ni.
C0melkan? Gambar ini di meja jepun aku. Arnab yang comel. ok tu je nak bagitaw..
kbai...

Minggu ulangkaji sudah bermula...

Seharusnya minggu ulangkaji bermula pada 22 disember. Memandangkan peperiksaan bagi paper HSM313 bermula pada 26 disember, bermakna minggu study week aku bermula awal.

Masalah utama aku ialah aku malas study. kon0n-kon0n balik rumah cari mood study, tapi hampeh. Balik mai sini, masih ada m0od berjoli. Eh? Cm mane tu? Ni la masalah terbesar aku. So, ada sesapa boleh tolong insan biasa ni tak mengembalikan mood belajar? Mcm mana nak switch on mood belajar ni eh..

Tulun, tulun, tolongggg... saya memerlukan mood belajar. Final semester yang ada exem ni. Sem depan dah Latihan Mengajar.

Ottoke! Ottoke!

Cuba berblog melalui android..

Testing testing, cubaan berblog melalui android.
Haha. Mesti akan ada orang kata aku nak menunjuk hp baru la tu.
Sebenarnya ya dan tidak. Kenapa macam tu eyh?
Memang ya hp ni baru dan tidak pulak, aku tak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk..
Mana taknye penat taw kumpul duit semata-mata nak beli hp baru.
Mana tak penatnya, aku bukan bekerja pun, mana nak datangnya sumber kewangan.?
Jawapan untuk persoalan tersebut agak sukar dijawab sebenarnya.
Ok, macam ni, aku beli hp ni menggunakan duit saguhati hasil penerbitan sajak di Tunas Cipta.
Niat menulis sekadar suka-suka je. Tapi itulah yang dipanggil rezeki. Hasil tersebut aku kumpulkan. Agak lama jugak menabung sebelum mampu membeli hp Samsung ni.
Alhamdullilah rezeki...

Ok, sudah-sudah la merepek. Jumpa entry akan datang pula ye..

Sunday, December 16, 2012

Bakal Guru..??


Semester 7 merupakan semester akhir sebelum aku melangkah keluar sebagai seorang guru praktikal...
Mengharungi jejak-jejak sebagai pendidik ini tidaklah terlalu mudah dan tidaklah terlalu susah.
kesabaran itu merupakan aset yang sangat bernilai. Liku-liku perjalanan akan terus beranjau di masa hadapan. Banyak yang ingin aku coretkan dalam blog ini, namun masa selalu tidak mengizinkan. kekangan demi kekangan terus menghambat aku dari terus mencoretkan rasa di blog ini..

owh ya, ada marothon 5+1 iaitu sesi melawat sekolah yang bakal kami mengajar nanti. InsyaAllah, aku ditempatkan di SMK Westlands. Aku tidak tahu bagaimana ragam pelajar, namun aku sentiasa optimistik. Moga mereka dapat menerima kehadiran aku dan dapat bekerjasama denganku nanti. InsyaAllah.

pinjam gambar dari Shyla. kredit untuk beliau..
ragam bakal cikgu bila bergambar

Tidak Bertajuk


menyingkap tirai penghujung 2012, aktiviti yang sempat disertai..
sebenarnya semester 7 di USM ni, tidak banyak aktiviti merayap ni..
yela masing-masing sibuk dengan tugasan dan perbentangan..
banyak lagi gambar lain sebenarnya. 
walaupun aktiviti tak banyak tapi gambar tetap banyak..
hihihihi..
jom tinjau..!


ni rumet saya, Farhana bersama dengan gang-gang beliau.
Shukri gang satu sekolah menengah berbaju hitam dan bermata sepet
Aizul berbaju gelap dan berbelang
manakala Lii berbaju oren..
have a nice day and bowling too..

sakina, Ieja Liza, Shyla, Salleh, akhim..
Ieja Isma dan Dila tak de dalam gambar..
gambar ni edit guna hp je..
mana ntah gambar budak berdua tu ilang..
mintak mahap..akan di upload lain kali.. hihi

ni ex-rumet saya bernama Farhana jugak a.k.a Naa merangkap jiran sebelah bilik.
Manakala Mimi pulak yang berbaju coklat Krim..
dan kenangannya 1st time makan kat Secret Recipe..
kedengaran janggalkan..!
THAT ME..!

ni kenduri rumah K.E dan Zurynn merangkap kawan sekolah.
sepupu Annisa (tudung oren), pakcik Hafis (berbaju maroon),
Azieda, Mira, amir, shukri Ijon dan ramai lagi..

saya mengharapkan persahabatan kita kekal hingga akhir hayat...
saya sayang kawan-kawan saya...
Sekian sahaja celoteh dari saya..

Saturday, October 6, 2012

Berabuk atau berhabuk..??


dah lama sangat aku tak update blog ni...
berabuk dan bersawang sudah...
sebenarnya banyak sangat cerita nak diceritakan
tapi ntah la..
mungkin tak de mood nak bercerita dan mungkin sibuk memanjang..
dah la tak nak bebel bukan-bukan..
bab merepek memang hang terror...


Monday, March 19, 2012

Tweet dan Twitter

assalamualaikum semua..

dah lama tak update blog ni..
terasa nak update plak..
bukan tak nak update tapi maleh nak menaip..
hahahaha

nak cte pasal ape eyh..
pasal tweet kat twitter lah..
semalam ada aku update pagi2 buta dalam kol 1 pagi tak salah..
nak taw ape aku tweet..
jap eyh nak copy n paste 


"Sy msh bljr trma awk dlm hdp sy tmbh2 lg trma awk dlm hati sy. Ia mgkn m'ambil masa tp jika benar awk ikhlas dtg la bjmpa dgn mak ayah sy.."


dan kemudian selang berpuluh2 minit kemudian aku update 


 mak dan ayah telah merestui..

Awk da sdia nk jd imam sy?awk da sdia nk pikul d0sa2 sy?awk da sdia sgla2ny utk sy?

PESANAN KEPADA AWAK: kepada awak, apa yang saya cakap ini adalah serius dan bukan main-main. dan saya juga rasa awak serius bukan? InsyaAllah awak, jika betul2 awak serius dengan perkataan2 yang awak msg saya, awak cakap masa call saya. InsyaAllah saya cuba terima awak seadanya awak dan awak kena terima seadanya saya. sesungguhnya saya bukanlah insan yang sempurna. saya tak miliki apa2 yang istimewa.

saya juga harap awaklah pemilik sebenar tulang rusuk yang saya miliki ini.. tapi sebelum itu saya beristikharah dahulu dengan harapan Allah memberikan yang terbaik untuk saya dan awak. moga apa yang kita rencanakan adalah yang terbaik dari Allah SWT.

Doakanlah yang terbaik =)


Monday, February 20, 2012

SEM 6 yang MEMBUNUH


kisah sem baru ni aku rasa macam aku letakan kepala dan leher aku pada tali tergantung je..
cuma belum dijerut dan dibukakan lantai kosong  bahagian bwh tu je lagi..
itu la yang bole digambarkan aku sekarang ini..
fikiran kusut masai sekarang ni...


mana taknye, aku amek 5 paper sem ni 
kira 16 unit la semuanya...
dan sem ni ada 4 killer paper sebenarnya..

ni kod kursusnya:
HSE252E - History of Modern Europe
HST327- Isu-isu dalam Sejarah Awal Asia Tenggara
HSI243- Sejarah Asia Barat
HKN207- Fiksyen dan Drama Melayu dan Indonesia Moden

bukan la aku maksudkan paper 
PPG317 _Kaedah mengajar sejarah mudah sgt..
tapi sekurang2nya aku boleh amek la paper 2..
jd aku taklah mengharapkan sgt mcm sem lps..
tp mengharapkan sem lps hanya tinggal harapan je..
harapan sem ni
sekadar lulus pun sudah memadai sem ni..
aku taw sem ni sgt berat utk aku..
tapi apa bole buat..
USAHA DOA TAWAKAL jela mampu...

P/S : jujur aku cakap..aku sgt takut dgn sem ni..
aku takut aku tak mampu hadapinya..

Kes Nangis dahulu kala..

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

lama dah tak update blog ni ha.. rindu la plak..
dah behabuk dan bersawang sana sini la...
haiisshhhh...
hehehehe
sebenarnya aku nak cerita ni.. (melalut lebih plak)
perihal aku menangis dahulu disebabkan 1 paper ni ha...
disini ceritanya.. ingat kan.. hehehehhe

alhamdullilah berkat doa dan kesungguhan..
aku berjaya untuk paper tersebut..
walaupun ada satu paper tersebut telah menyebabkan aku tak dapat PNG something2 yg aku nak tu..
tak palah.. rezeki tak ade walaupun dah berusaha sebaik mungkin..
jd sem ni kena la berusaha dgn lebih gigih lagi..