Wednesday, April 3, 2013

bola sepak..

tanggal 3 april, parlimen bubar. paling pntg bola sepak bawah 18 tahun menang mengalahkan Uplands International school dgn 2 - 1... cik sakura turun padang menyaksikan perlawanan akhir peringkat z0n kelawai ni ha.

pada permulaan, pengurus pasukan Uplands tidak berpuas hati dengan pemain import. owh ya Westlands ada 2 pemain import dari tanjung bungah. padahal dalam peraturan membenarkan 2 pemain import dalam pertandingan akhir. hampir 20 minit jugak la perlawanan lewat bermula. ckg amir, ckg hizami, ckg syamsul menegakkan kebenaran kumpulan westlands berdasarkan peraturan permainan. akhirnya pertelingkahan dapat di selesaikan dengan salinan peraturan yang ditunjukan. alhamdulilah.
semasa diluar padang, cik sakura berdebar-debar menunggu penghabisan kisah. pelajar2 dan guru2 lain yg dtg menyokong mula naik marah ketika itu, tambahan pulak penjaga garisan tidak mengira offside. adoii payoh cm ni gaya..

sebelum tamat masa pertama, pemain pertahanan westlands tercedera. Fittri terpaksa dikeluarkan dan di gantikan dgn Uzair. Fittri teruk kena sehinggakan tidak boleh berjalan. kena sepak dkt betis kering kot. merah tmpt luka tu. cik sakura terus ke tempat kejadian. hanya memerhati apa yg patt. walaupun pernah menjaga padang bola dalam duti awam BSMMUSM sblm ini, tapi cik sakura tidak berani bertindak. yela, status sbg guru pelatih, jadi tak berani nak lebih2 walaupun pernah mendapat pengiktirafan sbg ahli terbaik BSMMUSM Level 200. sebenarnya tak nak di gelar memandai-mandai, biarlah cik sakura hny belajar dari memerhati dahulu. itu pun satu proses pembelajaran jugak..

alhamdulilah setelah berhempas pulas, akhirnya SMK. Westlands berjaya mengalahkan Uplands International School dgn kemenangan 2 - 1... syukur ya Allah..

p/s : teringin nak men futsal tak dpt lg ni. bila dpt men eyh! huhu.. smlm ada jgk men tendang2 bola dgn berbaju kurung. aduhaiii ayunya bermain bola sepak dgn berbaju kurung. hahaha
hah lg 1, teringt masa di tingkatan 1, cik sakura pernah join budak asrama putera men bola masa riadah. pernah menjadi penjaga gol dan pemain biasa. pernah sekali, cik sakura merembat bola terkena perut penjaga gol. alamak! mcm mana tu.? hehe.

No comments:

Post a Comment