Saturday, April 13, 2013

kebuhsanan

stress study tatabahasa untuk mengajar esok.
akhirnya cubaan bunga felt ni yg jadi.
ok, sbnrnya tak berapa nak jadi.
tak pernah buat pun patern ni.
huduh, tapi nak tnjuk jugak.
haha

Wednesday, April 10, 2013

rezeki abang..

alhamdulilah, berita gembira.
adikku a.k.a abang menerima anugerah cemerlang untuk STPM. rezeki dia la ni. dlu adkku yg perempuan dpt untuk UPSR. cuma aku je yg xdpt pape. rzki xda. kalo dlu pengetua tak kdekut bjet, ak jga slh seorang top stdnt. tp rzki xda.

alhamdulilah, aku berpuas hati dgn kejayaan adik2 ku. terima kasih ya Allah. tahniah abg! y0ng syg abg.

harap boleh memohon cuti 27 April ni. nak sgt pergi majlis anugerah cemerlang. masa adik UPSR dulu tak merasa nak pergi pn. owh ya bday abg 17 april..

jangan tidur petang ye adik-adik..

peralatan semua tak blh di gunakan, segalanya menjadi kelam kabut dan masa tu ....
sila lengkapkan karangan anda tidak melebihi 350 patah perkataan.

hah, ini yg terjadi padaku. mimpi ngeri. walaupun permainan tidur, ia tetap memberi impak padaku. yaAllah, ku m0hon kau jauhilah aku dari mimpi ngeri tersebut. sesungguhnya ia pahit dan sulit bgku. permudahkanlah urusanku ya Allah..

p/s : ok, adik2. jangan tidur waktu ptg ye. tak elok. kan dah ngigau mcm2. tiba-tiba teringat short film yg dowg belak0n kt muzium. jgn main kat lua waktu senja. adoiyaii...

Tuesday, April 9, 2013

runsing..

hmm. semenjak dua ni, banyak perkara bermain di minda. penat dan letih. serabut fikiran.

ya Allah, ku moh0n padamu kuatkan lah semangat ini. demi ayah dan ibuku serta adik-adikku.
dugaan jatuh bertimpa-timpa. gedebuk aku terjatuh. berhari-hari fikir. tapi xketemukan jawapan. yang ku tahu, cepat la hbs praktikal..

pasal nak smbg belajar mcm kena tangguhkan dulu je. nak bg peluang adik2 lepas dulu. juga pengorbanan buat ibu dan ayah.
keadaan ayah yang kurang sihat menyebabkan aku nak cepat2 kerja untuk bantu ayah. yong sayang ayah dan mak.

cita-cita nak smbg blaja terpaksa ditangguhkan dahulu. insyaAllah ada rzki aku nak smbg. itu janjiku. tak kisah la 10 ke 20 tahun lagi pun tak pe. pasal niat nak mintak posting jauh2 pun terpaksa dibatalkan. nak posting dkt2 dgn rumah je. nak jaga ayah dan mak. mereka bukan muda lagi untuk terus bekerja. itu keputusanku.. muktamad.

p/s : betul orang kata. orang yg banyak mulut ni bukan bermakna dia tidak berfikir. ada kala sedihnya di simpan dari pengetahuan orang lain dan berpura-pura gembira. hari2 tunjuk muka gembira tapi hakikat sebenar... hanya Allah yg tahu. that is fake of me... kbai...

tak sangka

minggu lepas aku bermimpi, gigi atarg repih. orang tua2 kata tu petanda ada orang yg berangkat atas dari kita akan meninggal. ternyata dalam beberapa hari ini hati tidak sedap. aku sendiri tidak  pasti kenapa sehinggalah hari ini, aku terima satu perkhbaran yang tidak baik. Tok lang Bedul meninggal dunia akibat kemalangan.

begini kisahnya, tepat 6.59 petang aku menerima mesej dari ibuku, ringkas tapi menyentuh emosi. aku yg terkejut jaga dari tidur memikir sejenak. kemudian aku menelef0n ibuku. berborak kisah ini, aku bertanyakan pada ibuku kejadian sebenar. disimpang masuk rumah tok lang arwah telah di langgar oleh kereta dari belakang. kemudian, tok lang masih boleh bangun tetapi dilanggar semula oleh kereta yang lain. arwah dikatakan patah tengkuk dan meninggal di klinik. innalilah..

semasa bersembang dgn ibuku, aku menahan sendu. jangan menangis, namun apbila mengenangkan kembali semasa kecilku, aku jadi sedih dan ingin menangis lalu menguyur air mataku.. last aku jumpa arwah lbh kurang 2 bulan lepas. tergambar di tubir mataku. tok lang menyuakan salam smbl bertanya bila aku akan hbs. dan feveret tok lang ialah sugun kepala aku. dari kck smp la skrg. masa kck2 pantang jmpk aku terus akan tangkap aku. aku pulak bila jumpa tok lang akan menyorak belakang mak atau ayah. ya Allah..
sedihnya tuhan yang tahu.

rasa nak blik rumah skrg jgk. kalo ada keta, mlm ni jgk aku balik dan pagi2 esk ak blik. xpun mtk msk lmbt ckt.. yela esk kelas smua msa ujung2.. sempat ni. tapi kereta tak dak. huhu

p/s : dah la. jangan nangis lg. kang bengkak mata tu esok pg sekolah. Izza stop nangis ok. ni xtaw kali ke berap dah menangs ni.. m0ga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. al-fatihah..

Wednesday, April 3, 2013

bola sepak..

tanggal 3 april, parlimen bubar. paling pntg bola sepak bawah 18 tahun menang mengalahkan Uplands International school dgn 2 - 1... cik sakura turun padang menyaksikan perlawanan akhir peringkat z0n kelawai ni ha.

pada permulaan, pengurus pasukan Uplands tidak berpuas hati dengan pemain import. owh ya Westlands ada 2 pemain import dari tanjung bungah. padahal dalam peraturan membenarkan 2 pemain import dalam pertandingan akhir. hampir 20 minit jugak la perlawanan lewat bermula. ckg amir, ckg hizami, ckg syamsul menegakkan kebenaran kumpulan westlands berdasarkan peraturan permainan. akhirnya pertelingkahan dapat di selesaikan dengan salinan peraturan yang ditunjukan. alhamdulilah.
semasa diluar padang, cik sakura berdebar-debar menunggu penghabisan kisah. pelajar2 dan guru2 lain yg dtg menyokong mula naik marah ketika itu, tambahan pulak penjaga garisan tidak mengira offside. adoii payoh cm ni gaya..

sebelum tamat masa pertama, pemain pertahanan westlands tercedera. Fittri terpaksa dikeluarkan dan di gantikan dgn Uzair. Fittri teruk kena sehinggakan tidak boleh berjalan. kena sepak dkt betis kering kot. merah tmpt luka tu. cik sakura terus ke tempat kejadian. hanya memerhati apa yg patt. walaupun pernah menjaga padang bola dalam duti awam BSMMUSM sblm ini, tapi cik sakura tidak berani bertindak. yela, status sbg guru pelatih, jadi tak berani nak lebih2 walaupun pernah mendapat pengiktirafan sbg ahli terbaik BSMMUSM Level 200. sebenarnya tak nak di gelar memandai-mandai, biarlah cik sakura hny belajar dari memerhati dahulu. itu pun satu proses pembelajaran jugak..

alhamdulilah setelah berhempas pulas, akhirnya SMK. Westlands berjaya mengalahkan Uplands International School dgn kemenangan 2 - 1... syukur ya Allah..

p/s : teringin nak men futsal tak dpt lg ni. bila dpt men eyh! huhu.. smlm ada jgk men tendang2 bola dgn berbaju kurung. aduhaiii ayunya bermain bola sepak dgn berbaju kurung. hahaha
hah lg 1, teringt masa di tingkatan 1, cik sakura pernah join budak asrama putera men bola masa riadah. pernah menjadi penjaga gol dan pemain biasa. pernah sekali, cik sakura merembat bola terkena perut penjaga gol. alamak! mcm mana tu.? hehe.

Monday, April 1, 2013

"kalau laki yang tak disukai"

hmm.. hari ni tak mengajar pape. kenapa? sebab budak2 tak nak belajar. masih dalam mood bercuti lagi. baik form 2 mahupun form 4.jadi kelas form 2 aku men soduku.. ada yg tw men ada yg xtw.
jadi apa kaitan dgn tajuk entry. ok, ni kisahnya.

dowg tak nak belajar jadi ak xmampu nak paksa dowg. yela budak laki ni len sikit. kalau dipaksa lagi dowg tak nak buat apa-apa. jadi cik sakura pun menyembang dengan dowg hal-hal lain. banyaknya tanya matlamat hidup dowg. tapi dowg masih tak taw apa yg dowg nak dalam hidup ni. hmm, harap pasni dowg dapat cri matlamat dowg. then tanya tentang birthday jgk.. sehinggalah tiba2 dowg tegur pasal inai. ye ckg pakai inai sebab  wedding cousin la. bukan ckg kawen memandangkan cik sakura tidak mempunyai cal0n. kemudian ada seorang murid ni angkat tangan dan bertanya.

"cikgu, kalau laki yang ckg xsuka datang minang ckg mcm mana? ckg terima tak?"

alamak soalan membunuh sgt ni dan soalan diluar jangkaan. tak pernah membayangkan soalan mcm ni dari sekolah lelaki.! haha.
ok cik sakura ckp berdasarkan realiti dan pengalaman k.
cik sakura tanya balik, nak jwb secara jujur ke tak? dowg nak yang jujur punya. korang mampu tak jadi hipokrit dpn dowg? ok, jujur cik sakura tak mampu nak berlakon.

"kalau itu pilihan mak dan ayah ckg, insyaAllah ckg  terima siapa pun cal0n suami ckg."

"walaupun laki tu yg paling ckg benci?"

"ye"

"maknanya ckg pentingkan restu keluarga la ye?"

"aah, cinta lepas nikah lagi best"

"weh korg, kan aku dah kata ckg bkn jenis memilih"

pastu dowg dok sambung menyembang. rupa-rupanya budak2 ni sembang pasai cik sakura rupanya. adoiiyaii...
alahai adik-adikku, korang baru form 2 taw. jauh lagi perjalanan. jgn nak bercinta sgt la zaman sekolah ni. cinta bole di cari ganti, ilmu mcm mana nak ganti? walaupun ckg bertukar ganti ilmu tetap perlu di cari. moga berjaya adik-adikku...

jujur, ni la jawapan cik sakura bila ramai yang bertanya. ni jawapan yang cik sakura jika bertanya perihal jodoh. jika benar berkenan dan ikhlas. datang la jumpa mak dan ayah, jika mak dan ayah setuju makanya itulah jawapan untuk anda.

p/s : dasyat la budak zaman sekarang. bole tanya ckg direct mcm tu. seram sih masa nak jawab, sebab soalan macam tu lebih susah dari soalan exem. kbai..