Friday, February 15, 2013

Marathon makan...

Ni la aktiviti paling Cik Sakura suka iaitu MAKAN. hehehe. Dasyat marathon makan Cik Sakura. Marathon Makan ni merupakan aktiviti makan di tempat yang Cik Sakura tak pernah pergi. Selama hampir 4 tahun berada disini. Baru Cik Sakura sedar banyak perkara belum dibuat. Salah satunya ialah makan di kedai yang best dan dikatakan sedap. Hohoho
Aktiviti bermula malam 11 Januari 2013 apabila Shukri mengajak makan sambil tengok Maharaja Lawak Mega. Ok, jujur ni pertama kali tengok siaran ni. Yela kat rumah tak pernah pasang piring terbang pun. Miahahaha. Malam tu Cik Sakura makan nasi putih beserta tom yam campur. Pergh pedas kot tom yam tu, bertambah pedas bila mulut sakit. Apa-apa pun makan tetap makan. Hehehe. Destinasi kat Sg. Dua kedai makan sebelum Tesco tu. Tujuan utama ialah menonton Maharaja Lawak Mega bersama dengan En. Shukri, Cik Rumet dan En. Iz...
Perjalanan diteruskan lagi
Owh ya, ahad malam disebabkan dah sangat lewat mereka mengajak Cik Sakura untuk makan burger bakar kat QB maka Cik Sakura tidak pergi. Mereka sahaja yang pergi. Ok, jujur teringin nak makan burger bakar. Huwaaa sapa nak ajak pergi ni.. Nak makan.. Huhuhu
Isnin 14 Jan pulak, jam 11 pagi kami bergerak ke Sunshine untuk main bowling. Kisah ini ada entry khas nanti. Yang penting lepas pergi main bowling kami makan di Relau. Makan ayam kena langgar. Hehe. Makan pecal ayam je sebenarnya pun. Ok, sedap dekat kedai tu. Tapi disebabkan sengkak minum byk sgt air nasi xblh habis lalu diberikan pada Cik Rumet. Owh ya marathon makan kali ni bertambah seorang ahli iaitu En. YQq.. Terbaiklah. Hehehe
Selasa 15 Jan marathon makan diteruskan dengan bersarapan pagi di Taman Tun Saadon. Menariknya ramai orang menjual. Tempat elok dipanggil medan selera rasanya. Ramai orang melayu menjual makanan disitu. Ramai yang bersarapan disitu dan juga budak sekolah membeli makanan buat bekal ke sekolah. Bersarapan dengan roti telur dan membawa balik nasi lemuni. Ok, nasi sedap tapi sambal sikit. Hehehe. Owh ya, masa ni Cik Sakura dan Cik Rumet telah menuggu di CG jam 7.15 pagi. Pergh nasib baik tak ada pemerhati. Yela g blok lelaki. Hahaha. Masa ni tinggal bertiga je iaitu Cik Sakura, Cik Rumet dan En. Shukri je. En. Iz terlelap katanya. Walhal pagi-pagi buta dah kejut Cik Rumet. Hahaha
Marathon makan diteruskan lagi pada hari berikutnya dengan Cik Dayah. Ok, kisahnya begini Cik Sakura telah teman Cik Dayah pergi Hospital Pulau Pinang lepas pergi ke sekolah. Nak dijadikan cerita Cik Dayah telah belanja makan nasi kandar. Lokasi depan hospital tu je pun. Ok, bole tahan la. Yang penting tak rasa makanan hospital. Hehehe
Pada malamnya lepas hantar barang masuk stor, kami keluar makan dekat Trafik Light Mati. Hah mati dan rosak lebih kurang katanya. Ok, ni makanan seafood banyak ni. Kalau la ada duit banyak time ni. Nak je order siakap merah 3 rasa. Pergh memang sedap la. Masa ni order nasi putih dan tom yam seafood. Memang sedap. Rasa macam nak makan lagi la. Hehehe. Owh ya, masa ni bekalan elektrik terputus. Dapat menikmati pemandangan alam. Owh ya lokasi tepi pantai taw. Tempat kegemaran Cik Sakura tu. Hoho. Seronok betul tengok laut. Tenang je.
Marathon makan akan diteruskan lagi sehingga jumaat menjelma. Masa tu kami akan berpisah dah. Sedihnya rasa hati.









p/s : Marathon Makan memang terbaiklahhhhh...
bila mampu bermarathon makan lagi eyh.
owh ya tak banyak gambar sebenarnya...
yang penting kenangan yang tersimpan dalam ingatan...

4 comments:

  1. nanti kita ada masa kita makan berganti2 pulak okeh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik jugak idea ko tu weyh..
      makan berganti-ganti tak pernah orang buat lagi kan..
      hehehehe

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete