Sunday, February 16, 2014

its about trust part 2

"jangan mudah percaya orang. jika kita tidak tahu mana satu musuh, maka anggaplah semua sekali musuh"

owh ya! kata-kata diatas lebih kepada quotes sebenarnya. jadi abaikan ye. mgkn jgk bguna pada anda..
payah sebenarnya jika dikaitkan dgn kepercayaan. Mana mungkin seseorang yang baru kenal tidak sampai 24 jam dengan anda mengajak anda berkahwin. tambahan pula, anda kenal melalui media sosial seperti fb, twitter, instagram, wechat dan lain-lain yg peratusan untuk percaya adalah sangat rendah. Melainkan anda memang kenal kawan anda.

suka Cik Sakura ingatkan trust nobody. jika anda mempercayai orang yang anda baru kenal seperti kenal rakan sekolah rendah atau sekolah tadika anda, baik anda hentikan. mempercayai seseorang amatlah sukar. walaupun anda mengenali lebih lama tapi perlu hati-hati. Manusia boleh berubah dgn sekelip mata.
sama juga dgn lelaki yang anda baru kenali tidak sampai 5 jam dan serius mengajak anda kahwin. kahwin bukanlah suatu perkara main-main ye.

tentang percaya jugak, ada kawan Cik Sakura dikecewakan oleh insan yang bernama lelaki. teruk dia nangis. namun anggaplah ianya suatu ketentuan Ilahi yg mereka tiada jodoh.

Dalam kes Cik Sakura, kepercayaan yg Cik Sakura letakkan kepada En. Z adalah -ve. Bermakna, Cik Sakura percaya bahawa En. Z adalah tidak serius dgn kata-kata beliau. Cik Sakura lagi suka menganggap beliau terlepas kata-katanya atau mungkin terlalu emosional atau sekadar suka main-main. Untuk mengharap lebih jauh adalah tidak mungkin. sebenarnya sudah 6 hari berlalu. thanks for da great moments En. Z. cik sakura tak pernah menjangka perkara ini akan berlaku pada cik sakura walaupun pernah berangan dan merekayasa cerita. Namun Cik Sakura perlu let go kan semua kepercayaan ini.
Biarlah kepercayaan ini terbang bersama-sama debu yg berterbangan merentasi Laut China Selatan lalu terkubur.

p/s : mungkin blogger walking ada cerita disebalik pengalaman berkaitan dgn kepecayaan. boleh kongsikan di ruangan komen.. mungkin kita boleh k0ngsi pengalaman bersama-sama.

No comments:

Post a Comment