Wednesday, February 19, 2014

its about trust part 4

kenapa Cik Sakura susah percayakan lelaki? Lelaki selalu tipu perempuan. Ramai kawan-kawan Cik Sakura kena tipu dengan teman lelaki mereka. kebanyakkan lelaki curang. tapi nak kata laki je curang tak adil jugak sebab ada je perempuan curang. yang penting Cik Sakura sukar mempercayai lelaki lebih dari seorang kawan.

tak dinafikan jugak, ada je kawan lelaki cik sakura yg boleh dipercayai seperti Shukri, Mat, Salleh dan Iz. ada jugak yg separuh je blh dipercayai. bukan tak percaya. tapi nak cerita lebih-lebih nanti kena kondem. trus hilang m0tivasi.. Parah pulak!

sebut pasal trust Cik Sakura masih belum dapat mempercayai lelaki apatah lagi untuk dijadikan suami.
Maaf!

yang benar,
Cik Sakura

Monday, February 17, 2014

its about trust part 3

Dah masuk part 3 pun.. banyak part kali ni.. cerita pasal kepercayaan ni sampai kiamat pun tak habis. ni entry sblm masuk tidur.

kepercayaan ini melibatkan perasaan. Sebenarnya, Cik Sakura tidak mempunyai perasaan terhadap En. Z... jadi amatlah sukar untuk percaya. tapi percayalah En. Z akan berjumpa dgn orang yang lebih baik. InsyaAllah.
Moga kebahagian menjadi milik En. Z dan juga Cik Sakura walaupun asing-asing. hehe.

p/s : kemungkinan besar inilah entry terakhir tentang En. Z. melainkan terdapat lagi kisah tentang En. Z. kisah ini akan menjadi sejarah yg terindah. yg akan dikenang walaupun sekedip cuma. Moga Allah permudahkan segala urusan En. Z.
m0ga En. Z bahagia bersama keluarga tersayang.

yang ikhlas,
ciksakura

Sunday, February 16, 2014

its about trust part 2

"jangan mudah percaya orang. jika kita tidak tahu mana satu musuh, maka anggaplah semua sekali musuh"

owh ya! kata-kata diatas lebih kepada quotes sebenarnya. jadi abaikan ye. mgkn jgk bguna pada anda..
payah sebenarnya jika dikaitkan dgn kepercayaan. Mana mungkin seseorang yang baru kenal tidak sampai 24 jam dengan anda mengajak anda berkahwin. tambahan pula, anda kenal melalui media sosial seperti fb, twitter, instagram, wechat dan lain-lain yg peratusan untuk percaya adalah sangat rendah. Melainkan anda memang kenal kawan anda.

suka Cik Sakura ingatkan trust nobody. jika anda mempercayai orang yang anda baru kenal seperti kenal rakan sekolah rendah atau sekolah tadika anda, baik anda hentikan. mempercayai seseorang amatlah sukar. walaupun anda mengenali lebih lama tapi perlu hati-hati. Manusia boleh berubah dgn sekelip mata.
sama juga dgn lelaki yang anda baru kenali tidak sampai 5 jam dan serius mengajak anda kahwin. kahwin bukanlah suatu perkara main-main ye.

tentang percaya jugak, ada kawan Cik Sakura dikecewakan oleh insan yang bernama lelaki. teruk dia nangis. namun anggaplah ianya suatu ketentuan Ilahi yg mereka tiada jodoh.

Dalam kes Cik Sakura, kepercayaan yg Cik Sakura letakkan kepada En. Z adalah -ve. Bermakna, Cik Sakura percaya bahawa En. Z adalah tidak serius dgn kata-kata beliau. Cik Sakura lagi suka menganggap beliau terlepas kata-katanya atau mungkin terlalu emosional atau sekadar suka main-main. Untuk mengharap lebih jauh adalah tidak mungkin. sebenarnya sudah 6 hari berlalu. thanks for da great moments En. Z. cik sakura tak pernah menjangka perkara ini akan berlaku pada cik sakura walaupun pernah berangan dan merekayasa cerita. Namun Cik Sakura perlu let go kan semua kepercayaan ini.
Biarlah kepercayaan ini terbang bersama-sama debu yg berterbangan merentasi Laut China Selatan lalu terkubur.

p/s : mungkin blogger walking ada cerita disebalik pengalaman berkaitan dgn kepecayaan. boleh kongsikan di ruangan komen.. mungkin kita boleh k0ngsi pengalaman bersama-sama.

Friday, February 14, 2014

its about trust..


Assalamualaikum..
lama tak update blog ni. berhabuk, bersawang. fuhhhh...

susahkan nak percayakan orang. apatah lagi orang tu kita tak pernah knl pun. Cik Sakura ni pn bkn jenis mudah percayakan orang. apatah lagi yg namanya LELAKI. yela, laki ni bukan boleh percaya. selalu buat kaum hawa menangis. Cik Sakura bukan apa, ramai dari kawan-kawan Cik Sakura sendiri menangis di sebabkan lelaki. jadi Cik Sakura bentengkan diri sendiri dari percaya kata lelaki. boleh dikatakan, cik sakura berkawan dgn lelaki. tapi untuk mengangap lebih dari seorang kawan amatlah sukar. mungkin hanya jadi trusted friends. Maybe...

itu je kot nak bercerita. ada kisah disebalik ini sebenarnya.. nak cerita lebih-lebih ngantuk la pulak..
Oyasumi. kalo rajin cik sakura post lagi eyh...
daaa.. assalamualaikum..