Secara jujur Cik Sakura sedikit terkilan dengan diri sendiri. Kenapa?
Hmm kisahnya begini. Cik Sakura terasa makin jauh dengan mereka. Jauh hati dimana Cik Sakura tak tahu apa-apa pun masalah mereka. Sehinggakan bila keluar sekali, Cik Sakura la menjadi seorang yang sangat pendiam. Yela, apa yang mereka cerita Cik Sakura tak faham. Cik Sakura berasa seolah-olah tidak layak untuk bersembang dengan mereka sehingga terdetik di hati "siapakah aku pada mereka." Topik perbincangan menjadi pelik bagi Cik Sakura. Cik Sakura tidak dapat mengeluarkan pendapat sendiri. Ada kalanya pemikiran mereka terlalu tinggi sehinggakan Cik Sakura merasakan jika Cik Sakura mengeluarkan pandangan ianya menjadi tidak releven. Betapa kerdilnya diri ini...
Ada ketikanya mereka mahu mengeluarkan hujah masing-masing. Masing-masing mahu bercakap dan Cik Sakura hanya jadi pemerhati dan pendengar sahaja. Mungkin itu lebih baik. Jujurnya Cik Sakura kecewa dengan diri sendiri apabila mempunyai minda yang sedikit kecil dan tidak mampu menganalisis seperti mereka. Bila berada dengan mereka, Cik Sakura seolah-olah tiada kelebihan apa pun. Perasaan ini sangat mengecewakan...
Kecewa lagi apabila diri ini tidak lagi mampu bergembira seperti dahulu.
Kecewa lagi apabila diri sendiri tidak mampu menjadi terbaik seperti mereka.
Kecewa lagi apabila diri sendiri tidak mampu pandai seperti mereka.
Sesungguhnya aku sangat kecewa dengan diri sendiri.
Percubaan demi percubaan aku lakukan untuk mengubati kekecewaan namun tidak berhasil. Dimanakah silap aku.? Dimanakah salahnya aku.?
Ya Allah, kau jauhilah aku dari segala perasaan ini. Sesungguhnya Engkaulah pengubat kekecewaan aku yang terbesar...
No comments:
Post a Comment