Thursday, March 20, 2014

Berita gembira dari SMK. Westlands..

Alhamdulilah, keputusan SPM 2013 dah keluar. Walaupun Cik Sakura dah tak mengajar di sana namun hati masih juga tertinggal kenangan disana. Rindu dengan mereka anak-anak murid masih berbaki. Keputusan penuh Cik Sakura tak tahu. Tetapi khabar gembira tetap ada.

Pelajar terbaik SMKW ialah Fittri dgn mendapat 7A 2B. Selain itu Isamuddin Sceliqo juga mendapat 5A. Cukup membanggakan! Walaupun cik sakura tak mengajar kelas mereka namun Cik Sakura agak rapat dgn pelajar 5P4. Kelas sains. Mana tak rapat, selalu dapat relief kelas mereka. selalu jugak menyembang dengan mereka.
Fittri apabila berjumpa je mesti akan berpantun secara spontan dgn cik sakura. Mana taknya masuk kelas mereka atau mana-mana kelas, jika pelajar hendak keluar ke tandas akan didenda dahulu sama ada berpantun atau membaca doa qunut, tahiyat atau al-fatihah. Salah satu sebab pelajar ingat cik sakura sebab pantun la.. Alahai Fittri..

Isamuddin pulak sebab masa ko-ko sebelah petang, Cik sakura akan bermain petanque bersama pelajar. yela guru pembimbing petaque kan. main la. game faveret kot selain bola tampar.
Masa dah nak hbs masa je atau setengah jam sebelum, mesti jumpak Isa bwk keluar raket badminton dari kelas dan main.
sampai satu tahap, cik sakura pakai baju kurung dan bermain badminton dgn pelajar! Dah la semua pelajar laki. semua pakat nak main badminton dgn cikgu.. Cik sakura seorang lawan dgn mereka beberapa orang.
Lepas sorang-sorang akan main. boleh dikatakan tiap-tiap minggu mesti main punya la..

teringin jugak nak tahu result pelajar lain. Azhar, harith, rizuan, siapa lagi ek 5P1, 5P2, 5P3 dan 5P4..
InsyaAllah lepas ni pelan-pelan nak tanya mereka.
Bukan apa, perjuangan mereka baru bermula. Result SPM bukanlah segala-galanya tp itulah permulaan sebenar.
mcm Cik Sakura selalu pesan.
Walaupun kita ni tak pandai, yg penting jadi orang. orang yg baik..

p/s : tahun ni pelajar yg cik sakura ngajar tahun lepas akan amek result tahun ni. Cik sakura pulak yg cuak. Owh ya! tadi baru cabar Anip, kalo dia dapat best result cik sakura akan post kn gmbq berdua dgn anip di wechat.. dan jugak Cik sakura cabar dia jika dia dapat result 2A dan ke atas serta subjek sejarah lulus.. hmm, cik sakura ingt nak jumpak dia la..
Bukan apa, Cik sakura nak naik kan semangat m0tivasinya.
cik sakura nak anip buktikan budak kelas belakang bukan smuanya xdak harapan. Cik sakura harap dia dapat bukak mata pelajar lain yg dok di kelas belakang yg dikatakan xdak harapan sebenarnya boleh pergi jauh. Afhadi, ubai, aizat dan lain-lain. sebenarnya mereka pandai, tapi xtahu mcm mana nak kembangkan kepandaian mereka je. kadang-kadang kita tak tahu, bukan kadang-kadang tapi sebenarnya kita memang tak tahu apa   yg ada dgn mereka. disebalik kenakalan dan kedegilan mereka ada sebabnya..
Ingatlah jadi seorang guru yg baik bukanlah sesuatu yg mudah. sentiasa +ve terhadap pelajar dan jangan bias.
cik sakura harap cik sakura tak bias kepada mana-mana pihak. Namun cik sakura sedar cik sakura juga manusia yg ada hati dan perasaan.

Apa-apa pun tahniah kepada semua Warga SMKW...

Sunday, March 9, 2014

RINDU

Berita gembira, Cik Sakura sudah dapat IV. Alhamdulilah..

oleh kerana IV jugak la, Cik Sakura mula merindui zaman Latihan Mengajar dan menjadi guru ganti.
Allah, jujur aku rindu suasana sekolah! Aku juga rindu dgn kenakalan pelajar-pelajar SMKW dan SMKPR.
Namun aku tetap terkesan dengan SMKW. Kenakalan mereka di sekolah, namun tetap aktif bersukan. Aku rindu nak bersorak masa bola, masa latihan sukan, masa olahraga dekat stadium USM. Walaupun mereka nakal mereka tetap di hati.

masing-masing ada sebab tersendiri atas kenakalan 'luar biasa' mereka. Mereka cuma nak kan perhatian yang mereka tak dapat di rumah. cara mencari perhatian mereka dgn buat hal di sekolah.

Pelajar sekalian, tak pandai dalam pelajaran tak apa, yang penting jadi orang yang berguna. Mungkin kalian tidak mampu menjadi seorang doktor dapat berbakti kepada masyarakat. tapi mungkin kalian dapat menjadi manusia membantu keluarga dan orang lain yg memerlukan misalnya menjadi sukarelawan. Biarlah kita tak menjadi orang penting di dunia namun menjadi orang penting di langit. Allah maha adil dalam setiap tindakannya.

Saya mungkin tidak mampu menjadi seorang guru yang dapat memberikan bekalan A dalam setiap ujian atau peperiksaan. Namun saya berharap dengan sedikit kesusahan hidup saya dalam mengejar cita-cita dapat memberikan inspirasi untuk orang lain berjaya.

Sesungguhnya saya merindui kalian...

Wednesday, March 5, 2014

Gara-gara Suami Aku Ustaz!

Dah lama nak update entry pasal ustaz. tapi xberkesempatan pulak. sibuk beno awok ni dgn program. tapi malangnya program EXP untuk Manjung tak dapat di laksanakan. Sedih tau. dah la pr0gram tu bagus untuk budak-budak nak ambil SPM..
maaflah termelalut pasal ni pulak. sebenarnya awok nak gtw je. bermula jam 12 am - 8 am tadi, awok ni dok khatam n0vel. Ala n0vel Suami Aku Ustaz yang tengah hot dgn filem tu yg ada n0ra danish, Ady Putra dan izzue islam tu. jujurnya awok blm lg nengok lagi filemnya. harap filem xmengecewakan. Apa pun n0vel ni bagus jugak la. tak ada la adegan melampau. suka sgt n0vel dia byk pengajaran. banyak cerita pasal islam. tak ada la berat sangat orang baca sebenarnya.. harap filem ni tunjukkan mesej sebenar pengarang. bukan sekadar rating penuh bergemerlapan dgn bintang tapi hanya hampeh yg dapat.. orang tgk sekadar nafsu je dapat, ilmu sekupang pun tak lekat...
Harap filem tak mengecewakan!

p/s : aku dok tersengguk mengantuk ni. Nasi baru siap tanak, nak masak lauk jgk ni..
ngantuk oi ngantuk!
k Adios Amigos!