Tuesday, May 21, 2013

Titipan buat anak-anak SMK. Westlands


Teringat masa di Tahun 1 USM, telah menonton tayangan perdana Lasykar Pelangi sebuah karya Andrea Hirata yang telah diadaptasi dari sebuah novel.
melihat sahaja kesusahan anak-anak yang ingin mendapatkan pelajaran membuatkan aku bersemangat mahu meneruskan perjuangan aku sebagai seorang guru. Anak-anak perlukan pelajaran untuk membawa keluar keluarga dari kekompong kemiskinan. Bagiku, sejak aku kenal erti sebuah kesusahan, membesar dalam hutan, ikut ayah dan mak berniaga, bertani sudah cukup merupakan semangat dan rahmat kepada kejayaan. Alhamdullilah, berkat kesungguhan Ayah dan Mak, kami adik beradik boleh dikategorikan sebagai hampir berjaya.
InsyaAllah, adikku juga bakal melangkah ke Universiti.
Bagiku, jalan yang aku pilih dan minat sejak dari usia 6 tahun ini tidak salah... Menjadi seorang guru merupakan tugas yang sangat mulia. Terpulanglah pada kalian berfikir menjadi seorang guru hanya kerana gaji, dapat balik awal dan kerja mudah. Selamilah hati seorang insan bernama guru. Barulah kalian mengerti perit jerih seorang guru.. Bagiku gaji hanyalah sekadar angka, balik awal tidak seperti semua orang fikirkan dan kerja mudah tidak seperti kalian gambarkan.
menjadi seorang guru memerlukan sesorang mahir dalam semua bidang. Ada kalanya, pelajar boleh bertanya apa sahaja yang mereka inginkan, kadang kala luar dari kotak pemikiran kita sendiri. Guru dan pelajar merupakan gandingan ideal dalam kehidupan. Siapa tidak pernah berguru..
Terima kasih Cikgu...
Selamat Hari Guru..

kepada semua pelajar dan guru: Mari menonton Lasykar Pelangi, mari melihat dan menilai dengan mata hati. Mari melihat kesungguhan pelajar belajar. Mari melihat guru mengajar. Serba kekurangan tapi lihatlah semangat mereka. Sangat kagum! MasyaAllah!
"Jangan pernah menyerah"
" hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya."

p/s : tinggal 2 (DUA) hari lagi sebelum meninggalkan SMK. Westlands, pengalaman bersama kalian akan ku kenang dan ku bawa sampai ke mati. kalianlah anak sulung. Segala pengalamanku bergelar guru pelatih menjadi ingatan buatku agar lebih berjaya kelak. InsyaAllah, moga kita berjumpa lagi di masa hadapan. Akanku titipkan doa agar kalian senantiasa berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah...