Sunday, February 16, 2014

its about trust part 2

"jangan mudah percaya orang. jika kita tidak tahu mana satu musuh, maka anggaplah semua sekali musuh"

owh ya! kata-kata diatas lebih kepada quotes sebenarnya. jadi abaikan ye. mgkn jgk bguna pada anda..
payah sebenarnya jika dikaitkan dgn kepercayaan. Mana mungkin seseorang yang baru kenal tidak sampai 24 jam dengan anda mengajak anda berkahwin. tambahan pula, anda kenal melalui media sosial seperti fb, twitter, instagram, wechat dan lain-lain yg peratusan untuk percaya adalah sangat rendah. Melainkan anda memang kenal kawan anda.

suka Cik Sakura ingatkan trust nobody. jika anda mempercayai orang yang anda baru kenal seperti kenal rakan sekolah rendah atau sekolah tadika anda, baik anda hentikan. mempercayai seseorang amatlah sukar. walaupun anda mengenali lebih lama tapi perlu hati-hati. Manusia boleh berubah dgn sekelip mata.
sama juga dgn lelaki yang anda baru kenali tidak sampai 5 jam dan serius mengajak anda kahwin. kahwin bukanlah suatu perkara main-main ye.

tentang percaya jugak, ada kawan Cik Sakura dikecewakan oleh insan yang bernama lelaki. teruk dia nangis. namun anggaplah ianya suatu ketentuan Ilahi yg mereka tiada jodoh.

Dalam kes Cik Sakura, kepercayaan yg Cik Sakura letakkan kepada En. Z adalah -ve. Bermakna, Cik Sakura percaya bahawa En. Z adalah tidak serius dgn kata-kata beliau. Cik Sakura lagi suka menganggap beliau terlepas kata-katanya atau mungkin terlalu emosional atau sekadar suka main-main. Untuk mengharap lebih jauh adalah tidak mungkin. sebenarnya sudah 6 hari berlalu. thanks for da great moments En. Z. cik sakura tak pernah menjangka perkara ini akan berlaku pada cik sakura walaupun pernah berangan dan merekayasa cerita. Namun Cik Sakura perlu let go kan semua kepercayaan ini.
Biarlah kepercayaan ini terbang bersama-sama debu yg berterbangan merentasi Laut China Selatan lalu terkubur.

p/s : mungkin blogger walking ada cerita disebalik pengalaman berkaitan dgn kepecayaan. boleh kongsikan di ruangan komen.. mungkin kita boleh k0ngsi pengalaman bersama-sama.

Friday, February 14, 2014

its about trust..


Assalamualaikum..
lama tak update blog ni. berhabuk, bersawang. fuhhhh...

susahkan nak percayakan orang. apatah lagi orang tu kita tak pernah knl pun. Cik Sakura ni pn bkn jenis mudah percayakan orang. apatah lagi yg namanya LELAKI. yela, laki ni bukan boleh percaya. selalu buat kaum hawa menangis. Cik Sakura bukan apa, ramai dari kawan-kawan Cik Sakura sendiri menangis di sebabkan lelaki. jadi Cik Sakura bentengkan diri sendiri dari percaya kata lelaki. boleh dikatakan, cik sakura berkawan dgn lelaki. tapi untuk mengangap lebih dari seorang kawan amatlah sukar. mungkin hanya jadi trusted friends. Maybe...

itu je kot nak bercerita. ada kisah disebalik ini sebenarnya.. nak cerita lebih-lebih ngantuk la pulak..
Oyasumi. kalo rajin cik sakura post lagi eyh...
daaa.. assalamualaikum..

Tuesday, September 3, 2013

Asrama SMK. Raja Shahriman

di asrama inilah byk mengajar Cik Sakura erti berdikari. Selama 7 tahun Cik Sakura membesar disana.. Alhamdulilah, bisa menjadi manusia. InsyaAllah yang berguna.. Mudah-mudahan..

Rak Buku Cik Sakura

ni la rak buku Cik Sakura.. Tapi sekarang lagi penuh buku.. Rak buku ni dalam bilik abang a.k.a adik lelaki.. kbai

Rezeki dari Allah

3 september 2013 telah mengesahkan status penting dalam hidup. insyaAllah 22 september 2013 Cik Sakura akan bergraduasi. Walaupun bukan dengan pointer yang tinggi tapi inilah rezeki dari Allah. Alhamdulilah.

paling tak dijangka, keputusan KSCP lebih baik dari jangkaan. Terima kasih, ayah, mak, abang dan adik yang sudi menemani Cik Sakura semasa menjawab peperiksaan. Tidak dilupakan rakan dan merupakan junior yg sama-sama berhempas pulas untuk exem tersebut. Amira Seman, terima kasih banyak-banyak.. Akak tak akan lupakan peristiwa berjalan kaki dari saujana M04 ke PPIP, PPIK dalam bulan puasa untuk menguruskan pendaftaran subjek...
bulan puasa ok! pergh, dasyatnya hanya Allah yang tahu. k la. mengantuk dah ni, nak layan anime pun hujan lebat pulak. moh le kita masuk tido.. eh, ke nak layan n0vel ni. hoho..

p/s : tido merupakan terapi diri. masa praktikal xbole tido sgt. sekarang qada tido la. hehehe