Tuesday, May 21, 2013

Titipan buat anak-anak SMK. Westlands


Teringat masa di Tahun 1 USM, telah menonton tayangan perdana Lasykar Pelangi sebuah karya Andrea Hirata yang telah diadaptasi dari sebuah novel.
melihat sahaja kesusahan anak-anak yang ingin mendapatkan pelajaran membuatkan aku bersemangat mahu meneruskan perjuangan aku sebagai seorang guru. Anak-anak perlukan pelajaran untuk membawa keluar keluarga dari kekompong kemiskinan. Bagiku, sejak aku kenal erti sebuah kesusahan, membesar dalam hutan, ikut ayah dan mak berniaga, bertani sudah cukup merupakan semangat dan rahmat kepada kejayaan. Alhamdullilah, berkat kesungguhan Ayah dan Mak, kami adik beradik boleh dikategorikan sebagai hampir berjaya.
InsyaAllah, adikku juga bakal melangkah ke Universiti.
Bagiku, jalan yang aku pilih dan minat sejak dari usia 6 tahun ini tidak salah... Menjadi seorang guru merupakan tugas yang sangat mulia. Terpulanglah pada kalian berfikir menjadi seorang guru hanya kerana gaji, dapat balik awal dan kerja mudah. Selamilah hati seorang insan bernama guru. Barulah kalian mengerti perit jerih seorang guru.. Bagiku gaji hanyalah sekadar angka, balik awal tidak seperti semua orang fikirkan dan kerja mudah tidak seperti kalian gambarkan.
menjadi seorang guru memerlukan sesorang mahir dalam semua bidang. Ada kalanya, pelajar boleh bertanya apa sahaja yang mereka inginkan, kadang kala luar dari kotak pemikiran kita sendiri. Guru dan pelajar merupakan gandingan ideal dalam kehidupan. Siapa tidak pernah berguru..
Terima kasih Cikgu...
Selamat Hari Guru..

kepada semua pelajar dan guru: Mari menonton Lasykar Pelangi, mari melihat dan menilai dengan mata hati. Mari melihat kesungguhan pelajar belajar. Mari melihat guru mengajar. Serba kekurangan tapi lihatlah semangat mereka. Sangat kagum! MasyaAllah!
"Jangan pernah menyerah"
" hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya."

p/s : tinggal 2 (DUA) hari lagi sebelum meninggalkan SMK. Westlands, pengalaman bersama kalian akan ku kenang dan ku bawa sampai ke mati. kalianlah anak sulung. Segala pengalamanku bergelar guru pelatih menjadi ingatan buatku agar lebih berjaya kelak. InsyaAllah, moga kita berjumpa lagi di masa hadapan. Akanku titipkan doa agar kalian senantiasa berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Saturday, April 13, 2013

kebuhsanan

stress study tatabahasa untuk mengajar esok.
akhirnya cubaan bunga felt ni yg jadi.
ok, sbnrnya tak berapa nak jadi.
tak pernah buat pun patern ni.
huduh, tapi nak tnjuk jugak.
haha

Wednesday, April 10, 2013

rezeki abang..

alhamdulilah, berita gembira.
adikku a.k.a abang menerima anugerah cemerlang untuk STPM. rezeki dia la ni. dlu adkku yg perempuan dpt untuk UPSR. cuma aku je yg xdpt pape. rzki xda. kalo dlu pengetua tak kdekut bjet, ak jga slh seorang top stdnt. tp rzki xda.

alhamdulilah, aku berpuas hati dgn kejayaan adik2 ku. terima kasih ya Allah. tahniah abg! y0ng syg abg.

harap boleh memohon cuti 27 April ni. nak sgt pergi majlis anugerah cemerlang. masa adik UPSR dulu tak merasa nak pergi pn. owh ya bday abg 17 april..

jangan tidur petang ye adik-adik..

peralatan semua tak blh di gunakan, segalanya menjadi kelam kabut dan masa tu ....
sila lengkapkan karangan anda tidak melebihi 350 patah perkataan.

hah, ini yg terjadi padaku. mimpi ngeri. walaupun permainan tidur, ia tetap memberi impak padaku. yaAllah, ku m0hon kau jauhilah aku dari mimpi ngeri tersebut. sesungguhnya ia pahit dan sulit bgku. permudahkanlah urusanku ya Allah..

p/s : ok, adik2. jangan tidur waktu ptg ye. tak elok. kan dah ngigau mcm2. tiba-tiba teringat short film yg dowg belak0n kt muzium. jgn main kat lua waktu senja. adoiyaii...

Tuesday, April 9, 2013

runsing..

hmm. semenjak dua ni, banyak perkara bermain di minda. penat dan letih. serabut fikiran.

ya Allah, ku moh0n padamu kuatkan lah semangat ini. demi ayah dan ibuku serta adik-adikku.
dugaan jatuh bertimpa-timpa. gedebuk aku terjatuh. berhari-hari fikir. tapi xketemukan jawapan. yang ku tahu, cepat la hbs praktikal..

pasal nak smbg belajar mcm kena tangguhkan dulu je. nak bg peluang adik2 lepas dulu. juga pengorbanan buat ibu dan ayah.
keadaan ayah yang kurang sihat menyebabkan aku nak cepat2 kerja untuk bantu ayah. yong sayang ayah dan mak.

cita-cita nak smbg blaja terpaksa ditangguhkan dahulu. insyaAllah ada rzki aku nak smbg. itu janjiku. tak kisah la 10 ke 20 tahun lagi pun tak pe. pasal niat nak mintak posting jauh2 pun terpaksa dibatalkan. nak posting dkt2 dgn rumah je. nak jaga ayah dan mak. mereka bukan muda lagi untuk terus bekerja. itu keputusanku.. muktamad.

p/s : betul orang kata. orang yg banyak mulut ni bukan bermakna dia tidak berfikir. ada kala sedihnya di simpan dari pengetahuan orang lain dan berpura-pura gembira. hari2 tunjuk muka gembira tapi hakikat sebenar... hanya Allah yg tahu. that is fake of me... kbai...