Wednesday, March 27, 2013

Kisah di Terminal Bas..

hah, hari ni Cik Sakura nak update sikit perihal cuti sekolah..
yela cuti sekolah sudah bermula.. jadi pada hari Sabtu 23 Mac Cik Sakura mula gerak untuk pulang ke rumah seawal jam 7 pagi taw.. berkejaran dengan bas rapid. macam-macam halangan nak balik rumah time cuti ni.. adoiiii.. hah lagi satu, tiket jam 9 sudah habis.. terpaksa la menunggu bus jam 11 pagi.. Hanya Tuhan je yang tahu bertapa buhsan nak tunggu selama 2 jam setengah tu..

alkisahnya, terserempak la dengan budak satu kampung Cik Sakura yang nak balik kampung, abangnya kahwin.. owh ya, kawan Cik Sakura ni belajar Bahasa Arab di Insaniyah. Lama kot tak jumpa sejak masuk sekolah menengah rasanya. lebih 10 tahun kot. walaupun dok satu kampung. panjang lebar kami borak. ok, selesai mukadimahnya... hihihihi

Masuk kepada inti cerita. disebabkan tunggu terlalu lama di terminal tu, Cik Sakura harap sangat tak terserempak dengan pelajar sekolah (SMKW). Nak dijadikan cerita, doaku tidak termakbul. makanya terserempak la Cik Sakura dengan pelajar SMKW. Cik Sakura terasa ada yang memandang, jadi toleh la kiri dan kanan, rupa-rupanya orang yang menandang dihadapan. makkkk aiiiiiii terkejut saya, secara automatik Cik Sakura tersebut

"Eh Khairul Nazmi".. dia ni pelajar 1K1. hanya beberapa kali je masuk relief kelas tu ha. dia ada jugak cakap tok dia dok Kg. Gelong. Kampung tok dia tinggal dengan rumah Cik Sakura bukan jauh pun. Cik Sakura tanya Nazmi nak balik Gelong ke, dia jawab tak, nak balik Manjung.
Kemudian Nazmi terus datang kearahku dan dia BERSALAM dan CIUM tanganku. Cik Sakura jadi blur kejap time tu. Tergamam dan terkesima. Mana taknya tetiba je datang salam dan cium tangan. Dalam hatiku terus terdetik, walaupun sekolah macam tu, tapi kalau kena pada asuhan ibubapa, InsyaAllah anak-anak akan ada hormat pada orang yang lebih tua dari dia. Nilai baik dan positif masih ada pada anak-anak. InsyaAllah. Cik Sakura sebenarnya blur time tu, tak taw nak buat reaksi macam mana dan Cik Sakura pun sua kembali tangan kepada pelajar yang Cik Sakura anggap macam adik tu. Pastu baru la sedar sesuatu Cik Sakura TERSALAM Nazmi. Alamak, ni la padahnya apabila otak blur tak dapat berfikir..

owh ya, masa bersalam tu depan kawan yang bertudung labuh tu ha.. alamak, apa la yang dia fikir tu ha... yang Cik Sakura bole TERSALAM tu apa hal.. hmmm.. macam-macam fikir. hah lagi satu kan, bila dengar cerita shila, yang budak2 dia salam tangan masa habis kelas, best je dengar. yela dia dapat student perempuan dan yang Cik Sakura pulak  student lelaki. yela mana bole salam dak laki.. tapi dah tak jeles dah sekarang ni.. hahahahaha.. adoiiii, makin lama ngadap blog ni makin sewel pulak rasanya... hah kalau berkesempatan bergambar dengan Nazmi akan diupload kelak. owh ya, Nazmi ni memang budak baik pun dan tak berapa banyak cakap.. Nazmi Nazmi... Inilah kisah di Terminal Bas Butterwoth...


p/s : macam-macam sebenarnya fikir berdasarkan BERSALAM & TERSALAM serta CIUM tangan ni ha.. banyak +ve dan -ve. namun Cik Sakura hanya mahu memikirkan yang positif je la.  moga-moga ada hikmah yang tersembunyi disebalik kisah ini. hah lagi satu, Cik Sakura touching sebenarnya, sekurang-kurangnya ada jugak la budak yang baik dan hormatkan orang lain. ketahuilah cikgumu ini amat touching dengan perbuatanmu. Hati kecil ini sangat tersentuh. Terima kasih Nazmi menyemarakkan kembali rasa untuk berbati dan berbudi pada anak bangsa.  =)

Cerita Dia..

hmmm.. cerita dia...
Cik Sakura sendiri tak percaya dia tu cerita kat Cik Sakura tentang perasaan dia selami ini...
Dia tak pernah menunjukkan isi hati yang sebenar...
tapi jauh di lubuk hatinya tertanam satu perasaan tidak percaya pada orang sekeliling...
itu yang aku tahu tentang dia..

tak disangka pulak semalam (22 Mac 2013) dia menceritakan tentang perasaan yang sebenar.. perasaan yang selama ini dia pendamkan.. yang dia tidak pernah ceritakan pada sesiapa pun.. hatta abang dia sendiri..
hmmm.. apa-apa pun cikgu doakan moga "PERUBAHAN itu PASTI" itu berjaya dilaksanakan..
ingat pesan cikgu, nak berubah jangan selului. berubah sedikit demi sedikit dan pasangkan tekad dengan betul. Niat kerana Allah.. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan.. tak pandai tak pe, yang penting jadi la orang yang baik...

kata-kata yang menyentuh hati, haru lagi mengharukan :

"hmm trima ksih la ckgu sbab sudi dngar crite sye ni.."

"hmm dh lama smpan dlam hati sbanar nye sye ni xsuke sngat cite tentang sye kat orang ntah la knape sye cite kat ckg haha... "

p/s : Cikgu mungkin tak boleh bantu banyak tapi InsyaAllah cikgu akan cuba bantu...  Good Luck ye.. Cikgu senantiasa mendoakan kalian.. Terima kasih percayakan cikgu..  #SweetMemory of SMK. Westlands...

Thursday, March 21, 2013

owh yeah cuti!

dengan ini dimaklumkan bahawasanya esok bermula cuti sekolah.. 23-31 mac 2013..
hilangkan tensi0n dirumah..
kbai. haha,

happy holiday!

Wednesday, March 20, 2013

Merentas desa SMK. Westlands

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cik Sakura nak bercerita tentang meremntas desa.
tak taw la macam mana budak-budak ni merentas desa dalam kawasan bandar ni ha.. hadoi desa sangat kan. haha

ok, merentas desa dijalankan pada 20-03-13 bertempat di Taman Perbandaran Pulau Pinang. jadi guru sementara kelas 5P1 mengantikan kak zira untuk bg kupon makanan dan cabutan bertuah. alhamdulilah 9 orang yang hadir 3 orang dari kelas tersebut dapat cabutan bertuah. lg satu, tugas hari ni menjaga bhgn masa penamat. tulis nama pelajar yg smp awai. yang bestnya cikgu pulak yang s0n0k bersorak. haha,ok, tu je nak cite.. kbai. adios amigos...

p/s : ckg pulak yg segan nak posing amek gmbr.. padahal kalo dpt amek gmbr tak ingt dunia tu. haha

Monday, March 18, 2013

kisah 38

hmm. assalamualaikum semua..
malam ni Cik Sakura nak bercerita tentang seorang pelajar. Ayie namanya.. tengok dari segi gaya dia budak yang pandai. tapi sayang bila masuk kelas yang pelajar tak suka belajar. kesian kat pelajar ni sebenarnya. Ayie ni baru je pindah ke SMKW ni ha. aritu cik sakura tanya result PMR dia. dpt 2A.. bukan calang-calang jgk bdk ni sbnrnya. tapi ntah la.

sbnrnya cik sakura janji dgn dowg. kalo lulus je nak bg hadiah. tapi malangnya niat murni ni tak berhasil.. nak buat mcm mana kan.. oleh yang demikian, Ayie dapat 38. ni namanya tak belajar. siap bagi jawapan time exem. bg klu.. sbb da buat ulangkaji hari isnin. ujian hari rabu. seb bek la blh jgk jwb dia ni. penat nak tmbh 1 lagi markah.. 1 darab dgn 2 jadi la 40.. tak da rzki dia ni nak lulus. tapi Cik Sakura tetap nak bg something kat dia ni... simple jela...

p/s : moga jadi manusia yang berguna Ayie...