Wednesday, March 6, 2013

naik hantu..!

kesabaranku senipis kulit bawang..
tabahkan hati hambamu ini ya Allah...

owh ya, ini kisah kelas 2K2. cik sakura naik hantu tadi.. da naik lemak sangat ni.. mengada-ngada lebih.. makin dilayan makin menjadi. mengamuk aku tadi. hamek kau. ckp lembut-lembut tak nak dengar. cubit 2 3 orang tak sedar. alih2 1 kelas aku marah dowg...

mulai esok, aku akan masuk dgn muka serius and no joking until dowg mintak maaf kat aku.. mengajar secara serius! huh amek korg. nak sangat aku mengamuk!

haissh geram geram!
sabar cik sakura sabar!

Monday, March 4, 2013

aktiviti kanak-kanak tadika

hari ni mulakan topik baru. tentang kerajaan maritim. rupa2nya mereka tidak pernah tahu mcm mana nak buat kapal laut yang simple tu ha. alaaa yang buat origami tu...

simple but fun.. seronok tgk dowg buat tadi. walaupun blur, tetap dowg cuba untuk buat.. thanks 4P3...

semakin hari semakin sayang..

haa ni Cik Sakura nak bercerita tentang topik semakin hari semakin sayang. alhamdullilah, sesungguhnya Cik Sakura semakin sayang dengan adik-adik SMK Westlands ni. bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Cik Sakura mula dapat menyesuaikan diri dengan setiap karenah pelajar. walaupun pada mulanya agak sukar dan sulit, namun sekarang Cik Sakura mula menyayangi mereka. tulus dari sanubari. mungkin pada mulanya, banyak perkara yang harus di fikirkan menyebabkan Cik Sakura berasa tidak seron0k, namun sekarang cik sakura dapat menerimanya. alhamdulilah..

Cik Sakura, semakin hari semakin sayang. sebenarnya seronok melayan karenah setiap orang ni. tambahan lagi, pelajar tingkatan 2 macam kanak2 lagi keadaannya.
pelajar form 4 pulak, sukakan aktiviti kanak2. lebih kurang je pun dowg ni...

cik sakura akan lebih berusaha membentuk mereka menjadi lebih baik.. walaupun tak berapa pandai dalam  akademik, harap mereka menjadi 'orang' yang berguna. insyaAllah..

p/s : walau sepenat mana pun kita, senyum tetap dibibir. semangat dan sentiasa +ve dalam setiap perkara. insyaAllah..

Thursday, February 21, 2013

adik-adik SMKW..

ni kisah kelas lukisan sejarah tingkatan 4P3...
layankan je...
Cik Sakura membahagikan mereja kepada 5 kumpulan. disebabkan semalam mereka kelihatan letih dan tak bermaya jadi hari ni, cikgu kasi mereka lukis atas kertas mahjong..
macam-macam ada..
ada sorang student, tak nak lukis.. merapu mcm2 kat kertas 2. blh tgk sndr la..
"cikgu, kalau saya lukis pun bukan cikgu nak kasi facebook cikgu pun.." ni namanya ugut cikgu.. huhu

p/s : Lukiskan aktiviti-aktiviti harian kerajaan agraria.. ni la hasilnya untuk tatapan anda pembaca blog ini. haha

Friday, February 15, 2013

Marathon makan...

Ni la aktiviti paling Cik Sakura suka iaitu MAKAN. hehehe. Dasyat marathon makan Cik Sakura. Marathon Makan ni merupakan aktiviti makan di tempat yang Cik Sakura tak pernah pergi. Selama hampir 4 tahun berada disini. Baru Cik Sakura sedar banyak perkara belum dibuat. Salah satunya ialah makan di kedai yang best dan dikatakan sedap. Hohoho
Aktiviti bermula malam 11 Januari 2013 apabila Shukri mengajak makan sambil tengok Maharaja Lawak Mega. Ok, jujur ni pertama kali tengok siaran ni. Yela kat rumah tak pernah pasang piring terbang pun. Miahahaha. Malam tu Cik Sakura makan nasi putih beserta tom yam campur. Pergh pedas kot tom yam tu, bertambah pedas bila mulut sakit. Apa-apa pun makan tetap makan. Hehehe. Destinasi kat Sg. Dua kedai makan sebelum Tesco tu. Tujuan utama ialah menonton Maharaja Lawak Mega bersama dengan En. Shukri, Cik Rumet dan En. Iz...
Perjalanan diteruskan lagi
Owh ya, ahad malam disebabkan dah sangat lewat mereka mengajak Cik Sakura untuk makan burger bakar kat QB maka Cik Sakura tidak pergi. Mereka sahaja yang pergi. Ok, jujur teringin nak makan burger bakar. Huwaaa sapa nak ajak pergi ni.. Nak makan.. Huhuhu
Isnin 14 Jan pulak, jam 11 pagi kami bergerak ke Sunshine untuk main bowling. Kisah ini ada entry khas nanti. Yang penting lepas pergi main bowling kami makan di Relau. Makan ayam kena langgar. Hehe. Makan pecal ayam je sebenarnya pun. Ok, sedap dekat kedai tu. Tapi disebabkan sengkak minum byk sgt air nasi xblh habis lalu diberikan pada Cik Rumet. Owh ya marathon makan kali ni bertambah seorang ahli iaitu En. YQq.. Terbaiklah. Hehehe
Selasa 15 Jan marathon makan diteruskan dengan bersarapan pagi di Taman Tun Saadon. Menariknya ramai orang menjual. Tempat elok dipanggil medan selera rasanya. Ramai orang melayu menjual makanan disitu. Ramai yang bersarapan disitu dan juga budak sekolah membeli makanan buat bekal ke sekolah. Bersarapan dengan roti telur dan membawa balik nasi lemuni. Ok, nasi sedap tapi sambal sikit. Hehehe. Owh ya, masa ni Cik Sakura dan Cik Rumet telah menuggu di CG jam 7.15 pagi. Pergh nasib baik tak ada pemerhati. Yela g blok lelaki. Hahaha. Masa ni tinggal bertiga je iaitu Cik Sakura, Cik Rumet dan En. Shukri je. En. Iz terlelap katanya. Walhal pagi-pagi buta dah kejut Cik Rumet. Hahaha
Marathon makan diteruskan lagi pada hari berikutnya dengan Cik Dayah. Ok, kisahnya begini Cik Sakura telah teman Cik Dayah pergi Hospital Pulau Pinang lepas pergi ke sekolah. Nak dijadikan cerita Cik Dayah telah belanja makan nasi kandar. Lokasi depan hospital tu je pun. Ok, bole tahan la. Yang penting tak rasa makanan hospital. Hehehe
Pada malamnya lepas hantar barang masuk stor, kami keluar makan dekat Trafik Light Mati. Hah mati dan rosak lebih kurang katanya. Ok, ni makanan seafood banyak ni. Kalau la ada duit banyak time ni. Nak je order siakap merah 3 rasa. Pergh memang sedap la. Masa ni order nasi putih dan tom yam seafood. Memang sedap. Rasa macam nak makan lagi la. Hehehe. Owh ya, masa ni bekalan elektrik terputus. Dapat menikmati pemandangan alam. Owh ya lokasi tepi pantai taw. Tempat kegemaran Cik Sakura tu. Hoho. Seronok betul tengok laut. Tenang je.
Marathon makan akan diteruskan lagi sehingga jumaat menjelma. Masa tu kami akan berpisah dah. Sedihnya rasa hati.









p/s : Marathon Makan memang terbaiklahhhhh...
bila mampu bermarathon makan lagi eyh.
owh ya tak banyak gambar sebenarnya...
yang penting kenangan yang tersimpan dalam ingatan...