Friday, February 15, 2013

Target Selepas LM...

#eh ada ke target lepas LM?
haaaa.. ni bukan target nak kahwin taw.. tapi suatu target yang lain...
Apa..?? haaa nak tahu ke? ala segan la pulak nak bagi tahu..
yela takut tak mampu nak buat... bukan senang sebenarnya nak buat..
tapi InsyaAllah akan Cik Sakura usahakan supaya mampu untuk menulis.
Sebenarnya, dah lama Cik Sakura nak menulis sebuah novel...
InsyaAllah, tajuk dan tema sudah ada. cuma tunggu masa yang sempat untuk mengarang...
sebenarnya ada seseorang yang ternama berkata pada Cik Sakura. jangan lupa menghasilkan karya. Belian menantikan kehadiran karya sulung Cik Sakura. Ya Allah malu betul bila ada orang mengharap untuk hasilkan karya tapi belum mampu untuk hasilkan.. Yela, bakat yang Allah kurniakan tu sepatutnya digunakan. tapi Cik Sakura tidak menggunakan dengan sepenuhnya. InsyaAllah untuk blurp buku tu, Cik Sakura minta beliau yang memberikan komen dan beberapa orang kawan yang lain. Moga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah... bukan senang nak hasilkan satu karya yang panjang ni. memerlukan ketekunan yang tinggi. Mampukah Cik Sakura nak hasilkan..?? masih berfikir-fikir tentang kemampuan ini..
Ya Allah permudahkan hambaMu ini Ya Tuhan...

p/s : kepada peminat, Nantikan kemunculan karya sulung saya yang tidak tahu bila akan terbitnya. yang pasti tiada cerita cinta....
perrggghhh ada gaya tak..?? muahahaha.. kbai

Friday, February 8, 2013

Alkisah Minggu Pertama Praktikal...


hmmm.. bukan senang nak jadi seorang guru, apatah lagi seorang pendidik. Besar pengorbanan seorang guru ni sebenarnya. Cik Sakura masih berfikir-fikir tentang nak menjadi guru. memang ia cita-cita dari kecik nak jadi seorang guru namun, tugas seorang guru sangat mencabar. Bukan sedikit tapi banyak sangat. Siapa kata menjadi guru senang. susah wooo~~. Hanya mereka yang menjadi guru je yang faham jerih pedih menjadi guru. Jadi seorang guru pelatih bertambah berat kerana Cik Sakura sendiri tidak pernah mengajar.Selama hari ini pun belajar je. tu pun dah banyak merungut. ya Allah apa la nak jadi dengan Cik Sakura ni ha. Moga dijauhkan dari sifat mazmumah keji lagi tercela ini. Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini....

ok, kita bermula cerita gelagat pelajar dari SMK. Westlands ni...

Hari Pertama

uissshhhh.. berdebar-debar tak payah cakap la. paling terkejut bila kami tengah bersuka ria menyembang time perhimpunan nama dipanggil oleh Tuan Pengetua Haji Zainal Abidin. terkejut dan terpinga-pinga kami sebentar. masing-masing kena tampil di atas stage untuk sesi perkenalan. kemudian, dibawa ke bilik mesyuarat untuk diberi sedikit taklimat dan jadual. Cik Sakura dapat mengajar subjek Sejarah tingkatan 1 dan 4. Manakala Bahasa Melayu tingkatan 2. MasyaAllah, rasa nak menangis bila dapat tahu kena mengajar bahasa melayu. bukan apa, Cik Sakura ini tak pernah ambil matapelajaran bahasa melayu dan kurang berminat dengan bahasa melayu. tup tup kena ajar bm. rasa nak jerit kuat-kuat masa tu jugak...

Jadual yang dapat tu untuk hari isnin masa ke-8 ajar sejarah form 4. kelas 4P3 yang merupakan kelas pelajarnya lemah almaklum la kelas terakhir yang tak nak belajar. ada beberapa pelajar yang Cik Sakura dah kenal, seperti hanif, affhadi, gukulan dan lain-lain. bukan senang nak pupuk minat belajar bagi mereka yang tak nak belajar. kemudian, masa ke-9 dan 10 kelas 2K2 yang merupakan kelas kedua dar empat kelas. Huru-hara jugak budak dia. Girivishnu, Derik, syafiq, taufik, derik kim, luqman, Langeswaran. nakal-nakal jugak tapi budak ok jugak la... masa sesi perkenalan tu, boleh pulak dowg nak takutkan aku dengan ular mainan tu. aku amek letak depan dowg amek balik pastu aku amek pulak letak kat dalam beg kemudian senyap-senyap dorg amek. adoiiii kanak-kanak betul la...

Hari Kedua

Ragam hari kedua pun tak jauh beza dengan hari pertama. masa pertama dan kedua masuk kelas 2K2. oleh kerana tak ada persedian mengajar dan guru bahasa melayu kelas tu tak datang 2 hari berturut-turut makanya Cik Sakura bertanya pada cikgu Rahim macam mana nak buat. nak buat soalan pemahaman dan minta mereka membaca petikan. baca petikan pun ramai diantara mereka yang boleh baca tetapi agak slow sikit la. sebutan tak berapa jelas, ada yang tak tahu nak sebut perkataan, ada jugak yang tak tahu maksud perkataan. hmmm.. aku tak taw la nak kata apa. tapi itulah hakikatnya. kemudian masa ke-8 untuk pertama kali Cik Sakura masuk kelas 1K3. budak-budak yang kuat bercakap dan kuat mengacau kawan-kawan. suka main pen, berebut pen, suka kacau kawan dan lain-lain. hari ni la aku try vokal. memang vokal bukan sekadar rupa betul la. sakit anak tekat minta depa dok diam sekejap pun. Aiman, azim, amirul, zulfahmi, nik shafirul, salahudin, hakim. ni budak-budak yang tak berapa nak dengar kata. penat la jerit! lepas ni jangan tanya kenapa aku bole masuk vokal bukan sekadar rupa! hahahaha...

hari ni jugak hari perpisahan pengetua sekolah. ada sedikit jamuan makan-makan. jimat belanja untuk hari ni.. hehehehe.. tapi tak best la pengetua sempoiii ni tak de.. huhuhu

Hari Ketiga

satu kelas je hari ini pada masa ke-6 kelas 1K3. suruh salin bising, suruh dok diam bising. kerja bercakap 24 jam. tak taw penat ke dorg ni ha. tension dan stress aku dibuatnya. last skali aku suruh je dowg salin nota. start minggu lepas cuti baru aku nak buat aktiviti dengan dowg.

Hari Keempat

ada 3 kelas hari ini. perrrggghhh masak la aku dengan budak-budak tu. masa keempat kelas 1K3. penat melayan budak-budak ni ha. semua tak tahu buat. aku tulis dipapan putih dorg pulak bising. sekali PK HEM lalu reti plak diam tapi sekejap jela. pastu macam kapal nak karam kelas tu. penat dgn dowg ni..!!!

masa ke-5 kelas 2K2 nak buat sinopsis KOMSAS dengan dowg, buat novel Erti Sebuah Pengorbanan. akhirnya aku yang terkorban. penat sangat dengan dowg ni. letih berleter... tak berleter tak nak buat!

masa ke-7 kelas tingkatan 4P3. buat latihan. masa mula masuk kelas aku terpandangkan Affhadi. ingatkan beg rupanya bantal warna biru bawak ke sekolah. mula-mula dia ingat aku main-main kot tapi last skali aku rampas bantal tu. mula-mula aku amek letak depan dia amek balik, kemudian aku mintak kelas siapkan 10 soalan latihan. kemudian aku biarkan affhadi dengan bantalnya dengan harapan dia buat kerja. tapi kemudian dia tak buat. tidur pulak tu. aku pun pergi pelan-pelan kat dia amek bantal tu ha. kemudian aku pegang dan tak bagi kat dia selagi dia tak siapkan 10 soalan yang diberi. haaa amek kau, baru rasa aku ni garang kot. aku cakap kat dia siapkan soalan  tu kemudian baru pg amek kat bilik guru. wahhh wahhh wahhh bukan main dia kot merayu mintak balik dan janji nak buat. Aku percaya bahawa dia tak kan buat kalau dah dapat bantal dia tu.

Hari Kelima

hari ni satu kelas je tingkatan 2K2. masa ke-5. perrggghhh sakan jugak budak-budak ni.. oleh kerana aku masuk awal hari ni. aku sempat menulis kaligrafi cina 1-10 dalam bahasa cina.. perrggghhh hebat jugak aku ni.. hahahahaha.. bole pulak budak tu bagi aku homework suruh aku belajar tulis 1-15.. oiiii2, Derik, cikgu pun ada kerja laaaaaa~~ hahahahaha.. ok dah la tu sikit-sikit penat nak mengarang ni ha. tapi Cik Sakura nak juga cerita pengalaman minggu pertama persekolahan yang sangat memenatkan. masa dalam kelas ni aku men kejar-kejar dengan budak-budak sebab tak nak dok diam. adoiiii kembali ke zaman kanak-kanak pulak aku ni.. huhuhu.. start minggu depan dorg tak nak dengar cakap, akanku humban ke guru displin. miahahahaha (gelak jahat)

owh ya hari ni jugak dapat tahu rumah sukan. warna feveret iaitu biru atau nama disitu Kelawai. Cik Sakura ingatkan kelawaq tadi... hahahaha.. manakala sukan dan permainan pulak dapat jadi guru penasihat Petanque. hah lepas ni cikgu mashita tu siap offer masuk pertandingan untuk guru-guru lagi. adoiiii pancit dah kotttt lama tak men.. huhuhu...


k la sampai disini sahaja pertemuan kita pada minggu ini. jumpa lagi len kali... hohoho..

p/s : tak sabar nak balik esok. Gong Xi Fa Cai kepada semua yang menyambutnya... owh ya, esok kenduri fiza kawen. hadiah belum balut lagi la... gambar belum sempat nak upload sebabnya belum transfer ke laptop. nanti-nanti la pulak...


Thursday, February 7, 2013

Kehidupan Guru Pelatih

Inilah realiti kehidupan guru pelatih..
seminggu yang meyesakkan dada..
setiap malam tidur bertemankan RP..
tak sempat nak berkemas...
cepatlah balik M03 - boleh susun atur bilik semula...
rimas kehidupan tidak teratur...!!!

Inilah realiti seorang guru pelatih...


p/s : harap lepas LM ni boleh menjalani kehidupan seperti biasa. ada rehat dan mempunyai masa untuk diri sendiri dan yang tersayang... ouuuccchhhhh...

SMK Westlands - Suatu Permulaan

Siapa sangka aku yang ayu dan lemah lembut ini akan dicampakkan ke SMK Westlands. Sebuah sekolah di Georgetown yang sangat dasyat. Sekolah lelaki yang berprestasi *****. Setiap hari berlaku masalah displin, pelajarnya pulak akan dirotan dan digantung dengan setiap kesalahan yang dilakukan. MasyaAllah, pelajar yang tak reti nak dok diam walaupun 1 minit. bercakap 24 jam tanpa henti. Masuk kelas bawak rotan, ugut nak bawak ke cikgu displin pun tak jalan. Penat tak usah cakap la. Siapa kata jadi cikgu ni senang. Seorang karenah murid pun punyai 1000 macam lagak gayanya. Penat menjadi seorang guru, bertambah penat menjadi seorang pendidik. Macam-macam tanggungjawab yang terpaksa dan paksa rela dipikul.

ok, jujur aku akui, kadang-kadang hati aku tersentuh dengan gelagat adik-adik di sekolah ini. Macam-macam hal. k la, kena siapkan Rancangan Pengajaran pulak ni. Walaupun blur tetap kena buat. Entry akan datang Cik Sakura akan update perihal hari perpisahan pengetua dan gelagat pelajar kelas 1K3, 2K2 dan 4P3. masing-masing mempunyai perangai yang kadang kala menyakitkan hati tetapi bila fikir balik lawak.

p/s : pening nak buat RP ni ha. paling penting sedapnya Butterscotch bakar ni. kepada sesiapa yang tak pernah buat sila cuba ye. nyum-nyum...

Sunday, February 3, 2013

Bermulanya tugas baharu

bermula esok, segalanya akan berubah. Cik Sakura mengalas pelbagai tanggungjawab. tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan guru. tanggungjawab terhadap anak murid, ibubapa dan masyarakat. tanggungjawab terhadap kawan-kawan, kawan sekerja dan lain-lain. perggh dugaan betul ni. cuma tanggunjawab sebagai isteri dan ibu je belum lagi. oppss terlebih sudah.. hehe..

ok, jujur Cik Sakura sangat takut menghadapi masa akan datang. sangat risau dengan kemampuan sendiri. mampukah Cik Sakura menghadapi semua ini. Cik Sakura sendiri tidak pasti. mengharapkan Allah mempermudahkan segala urusanku, dan kawan-kawan yang lain juga. masing-masing bertanggungjawab terhadap perkara sendiri. kepada kawan-kawan yang akan berlatihan mengajar dan berlatihan industri marilah sama-sama kita mengaut pengalaman ini. m0ga dapat kita jadikan sebagai pengalaman awal kita untuk kita tempuhi pada masa akan datang.

p/s : ikhlaskan hati untuk belajar sesuatu yang baru. moga Allah permudahkan urusan kita semua. insyaAllah.. ameen-ameen ya rob..